PM Najib Follow Twitter Jelajah Anak Malaysia @JTransformasi #JelajahAnkMsiaSabah


Jelajah Anak Malaysia yang berada di Negeri Sabah hari ini merasa sangat bangga apabila Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia melalui Twitter beliau @NajibRazak telah mengikuti (follow) twitter rasmi Jelajah Anak Malaysia @JTransformasi.

Mungkin bagi sesetengan orang itu adalah perkara biasa yang tidak perlu dibanggakan tetepai bagi kami peserta Jelajah Anak Malaysia keseluruhannya merasa amat bangga apabila Perdana Menteri yang dicintai berbuat demikian.

Inilah seorang pemimpin yang sentiasa peka dan serius terhadap perkembangan rakyat melalui medan Media Sosial.

Ini juga membuktikan Perdana Menteri sangat serius dalam mengembangkan penggunaan Media Sosial di Malaysia yang kini bukan lagi menjadi keperluan tetapi sudah menjadi perkara wajib bagi sesiapa sahaja untuk belajar dan menguasainya.

Perkara ini harus dicontohi oleh semua pemimpin peringkat tertinggi supaya peka terhadap keperluan dan kehendak masyarakat melalui medan Media Sosial sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang moden dan berteknologi.

Tiada apa lagi yang dapat kami ucapkan selain ucapan jutaan terima kasih kepada Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak kerana memberikan perhargaan yang cukup tinggi kepada kami.

Kami selueruh warga Jelajah Anak Malaysia berjanji kepada Perdana Menteri bahawa kami akan terus berusaha membantu kerajaan melalui program-program yang kami jalankan dan berjanji akan terus menyokong kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri untuk terus memerintah negara Malaysia yang tercinta ini.

Terima kasih PM.... "We Love PM"

No comments: