Pemuda Umno Kuala Selangor Bersama NGO Buat Laporan Polis di Kuala Selangor

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor, Sdr Mohd Nor Saad bersama Majlis Belia Selangor Daerah Kuala Selangor, En. Mohd. Zamri Kahar dan Belia 4B Kawasan Kuala Selangor diwakili En. Mohd Zaini Taha telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Kuala Selangor pada jam 5.00 ptang tadi.

Laporan polis dibuat lanjutan pendedahan oleh Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang mendakwa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi menggerakkan PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).

Menurut Mohd Zin, agensi yang dimaksudkan adalah Yayasan Konrad Adeneur (KAF) yang berperanan membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).

Untuk lanjut baca sini:http://penadaritanahmelayu.blogspot.com/2012/03/laporan-polis-siasat-dakwaa
­n-pakatan.html

No comments:

Powered by Blogger.