Semua rakyat Malaysia yang punya
kesedaran politik pasti dapat merasakan bahawa Pilihanraya ke-13 sudah semakin
hampir. Oleh itu, mereka mula memerhatikan gerak langkah
pemimpin-pemimpin dan parti-parti politik dengan lebih dekat. Yang
atas pagar sudah mula membuat perkiraan serius mengenai parti mana atau pemimpin
mana yang wajar dipilih dan yang sudah tetap pendirian pula semakin kuat
mempertahankan pendirian masing-masing.
Di
bandar-bandar, internet menjadi bahan rujukan utama untuk mendapat berita
politik, selain akhbar-akhbar rasmi. Di kampung-kampung pula,
walaupun terdapat akhbar-akhbar, namun kita terpaksa juga mengakui bahawa masih
ramai yang tidak berminat membacanya. Rata-rata orang-orang
kampung bergantung kepada maklumat secara lisan melalui rakan-rakan atau
anak-anak mereka yang tinggal di bandar.
Tetapi, sedarkah kita bahawa terdapat
ramai orang-orang bandar yang konon intelektual yang juga malas membaca dan
menganalisa maklumat sendiri? Mereka ini juga, seperti orang-orang
kampung tadi hanya bergantung kepada cakap-cakap kawan-kawan dan selalunya
bersifat lalang iaitu tiada pendirian dan tidak tahu apa-apa.
Mereka bersandar sepenuhnya kepada pengaruh rakan dan orang-orang
sekeliling tetapi tetap mengaku bijak dan tahu segala-galanya.
Orang sebegini bila berdebat akan
keluarlah hujah berbunyi, ‘kawan saya cakap begitu dan kawan saya cakap
begini’. Dan jika kawan mereka itu juga adalah jenis
yang sama iaitu hanya mendengar cakap kawan, dan kawan yang didengar itu pula
adalah jenis penganut PAS tegar atau jenis liberal PKR atau rasis DAP maka yang
akan tersebar dalam kumpulan mereka hanyalah hujah yang menyebelahi kawan kepada
kawan kepada kawan mereka tadi sahaja. Oleh itu,
maklumat yang mereka terima belum tentu lagi kebenarannya.
Justeru, bagaimana kita mendidik
rakyat untuk menjadi manusia yang boleh mencari maklumat sendiri dan mampu
berfikir dengan sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa?
Pilihanraya di sebuah negara yang
rapuh seperti Malaysia bukanlah perkara kecil yang boleh diambil mudah.
Malaysia adalah negara yang boleh dikatakan baru yang mana kita baru
sahaja menyaksikan 6 Perdana Menteri, berbanding dengan negara yang lama seperti
Amerika dengan Presiden yang ke 44. Malaysia masih lagi
terkapai-kapai mencari identiti akibat sering diasak oleh rakyat dari berbagai
kaum yang masing-masing ingin mengekalkan identiti negara asal
masing-masing. Malah dari segi bahasa juga, bahasa kebangsaan
negara ini masih menjadi perdebatan dan perlu dipertahankan dari diperlekeh atau
dihapuskan terus.
Semua rakyat Malaysia pasti sedar
bahawa akhir-akhir ini masalah ‘asakan’ dari berbagai kaum ini semakin
menjadi-jadi dan jika dibiarkan ia mampu menimbulkan ketegangan.
Atas semua faktor inilah maka
pilihanraya memilih kerajaan yang bijak dan adil amatlah penting.
Malaysia bukan seperti Amerika iaitu
tidak akan hancur hanya kerana Presiden atau parti memerintah bertukar.
Di Malaysia, sekiranya kita tersilap memilih parti, akibatnya adalah
lebih besar dari sekadar perubahan di peringkat kepimpinan dan hala tuju
negara. Ini kerana parti-parti pembangkang di Malaysia tidak
mampu menjadi parti alternatif yang setara dengan kerajaan sedia ada kerana
masing-masing mempunyai agenda yang bertentangan serta ekstrem.
Umum tahu bahawa walaupun pembangkang
bergabung di bawah satu pakatan yang dipanggil Pakatan Rakyat, namun hakikatnya,
mereka tidak pernah sepakat. Kita sedia maklum bahawa PKR ingin,
atau sudahpun menguasai PAS, sementara kedua-dua PKR dan PAS pula, dikuasai
penuh oleh DAP.
Bukti bahawa DAP menguasai PAS dan
PKR sudah terlalu banyak malah menjadi tunjang Pakatan Rakyat itu sendiri iaitu
dengan tergadainya prinsip menubuhkan Negara Islam ‘impian’ PAS barulah gabungan
parti-parti pembangkang ini dapat direalisasikan. DAP sanggup
tidak bekerjasama dengan PAS jika Negara Islam tidak digugurkan tetapi PAS
langsung tidak berani memberi syarat sebaliknya kepada DAP.
Ini
sudah cukup untuk menunjukkan betapa DAP amat berkuasa dan hanya DAP yang
mempunyai hak mutlak menentukan keputusan, hala tuju dan prinsip
Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat kini memegang 76
kerusi dengan pecahan DAP 29, PKR 24 dan PAS 23. Dalam pada itu,
DAP juga sedang berkira-kira untuk meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti
Melayu dalam PRU akan datang sekali gus mengenepikan PAS atau PKR dan
menambahkan lagi kuasa mereka.
PKR
juga mempunyai calon-calon dari kalangan kaum Cina. Maka jangan
kita sekali-kali lupa bahawa kaum Cina terkenal dengan sifat perkaumannya di
mana kesetiaannya hanyalah kepada kaum dan bukan parti, negara, mahupun apa
saja. Maka calon-calon Cina di dalam PKR juga akan merupakan
sumber kekuatan DAP.
Jika diambil kira ramalan Tun Daim
Zainuddin, (yang mana selalunya benar) beliau menjangkakan sekurang-kurangnya
70% kaum Cina akan tetap menolak BN atau 15 kerusi MCA dan 2 kerusi Gerakan di
Semenanjung ,akan jatuh kepada DAP. Andainya ramalan ini tepat
maka kekuatan DAP pastinya akan berganda.
Dengan gandaan sedemikian, dan kuasa
yang sedia ada, pastinya PAS dan PKR tidak akan ada peluang pun untuk bersuara
dalam Pakatan Rakyat. Sedangkan sekarangpun PAS dan PKR hanya
mampu menikus apabila disergah atau dijegil oleh DAP.
Bayangkanlah apa akan jadi pada
Malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah, iaitu pastinya negara ini akan dibentuk
mengikut acuan DAP. Dan acuan DAP itu adalah
berkonsepkan Malaysian Malaysia di mana Institusi Raja-raja dan hak bumiputera
dihapuskan. Kaum-kaum lain hanya akan diberi jawatan sekiranya
dilihat berpotensi menjadi boneka dan menurut apa saja keputusan yang memihak
kepada kaum Cina. Ini pastinya akan meluaskan lagi
jurang ekonomi antara kaum Cina dengan kaum-kaum lain.
Kerana itulah penulis menegaskan
bahawa bagi menentukan pilihan kita dalam PRU akan datang, kita wajar belajar
dari sejarah. Apatah lagi jika perkara ini bukan lagi menjadi
sejarah tetapi baru saja, atau sedang berlaku di depan mata.
Jatuhnya PR di Perak mungkin
dikatakan kerana percaturan politik UMNO tetapi hakikatnya, jatuhnya PR di Perak
adalah kerana kerakusan DAP sehingga menimbulkan cuak di kalangan
pemimpin-pemimpin PR yang bukan dari kaum Cina. Sifat DAP yang
begitu chauvinis, angkuh dan pentingkan diri, suka menguasai, memonopoli dan
tidak menghormati tidak kira sesama pemimpin PR sendiri sehinggalah kepada DYMM
Sultan, menyebabkan ramai yang sedar betapa mereka telah membuat
pilihan yang salah. Mujurlah Perak masih dapat diselamatkan dari
terus dipijak-pijak oleh DAP.
Di
Selangor juga, lihat sahaja bagaimana exco DAP ‘melangkah’ Menteri Besar dalam
isu perlantikan ahli MPPJ. Malah dengan satu cubitan atau renungan
tajam, Menteri Besar dan exco-exco PKR dan PAS tidak mampu berkata apa jua dalam
isu arak, judi, rumah urut, pusat hiburan hatta murtad juga.
Sesiapa yang memberanikan diri menentang DAP, pasti akan
diterajang keluar sepertimana yang berlaku kepada Datuk Dr. Hasan Ali.
DAP
juga cuba melakukan yang sama melalui Anwar dan orang-orangnya di Kedah kerana
‘bengang’kan Ustaz Azizan yang terkenal dengan keMelayuannya. Dan
sehingga kini, kemelut Kedah masih belum berakhir sepenuhnya.
Hanya Kelantan yang ‘selamat’ dari
cengkaman DAP kerana tidak ramai kaum Cina di negeri itu. Namun,
ini juga boleh dipertikaikan. Mungkinkah Kelantan ‘selamat’ kerana
DAP sudah berpuas hati dengan Nik Aziz yang memberikan beribu-ribu hektar tanah
rizab untuk dimajukan oleh syarikat bukan bumiputera di negeri Serambi Mekah
itu?
Inilah gambaran sebenar pemerintahan
Pakatan Rakyat iaitu DAP yang membuat keputusan atas segala-galanya walaupun
mengikut hirarki dan undang-undang, yang sepatutnya berkuasa adalah PKR atau
PAS. Kita mungkin menyaksikan Anwar Ibrahim sebagai
Perdana Menteri dan beberapa orang Menteri India dan Melayu di kabinet, namun
yakinlah mereka semua adalah boneka semata-mata.
Ketahuilah bahawa DAP punya senjata paling
ampuh untuk membonekakan Anwar iaitu melalui Karpal Singh, peguamnya yang
memegang segala rahsianya. Logik menyatakan untuk apa Karpal Singh
membela Anwar sedangkan beliau yang mula-mula mendedahkan salahlaku seks Anwar
di parlimen pada tahun 1997, jika bukan untuk menguasai Anwar?
Justeru, buatlah pilihan dengan bijak
dalam PRU nanti. Gunakan akal sendiri dan bukan emosi atau akal
orang lain untuk menentukan masa depan negara ini. Ingatlah bahawa
13 Mei 1969 bermula kerana ketidakseimbangan dalam pembahagian kek ekonomi dan
keangkuhan kaum Cina, dan sejarah pastinya berulang jika punca kejadiannya
diulang juga.
Cuma, jika ia berulang ketika kuasa
berada di tangan DAP, pengakhirannya tidak mungkin sama sepertimana ketika kuasa
berada di tangan UMNO.
No comments:
Post a Comment