PERSOALAN
yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali
berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta untuk program geran Selangorku,
memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hari ini.
Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang
yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan
belanjawan negeri Selangor November lepas adalah ‘wayang’ semata-mata.
Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajet berimbang konon
kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkan sepanjang tahun
itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akan mengemukakan bajet
tambahan.
Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan
ditutup dalam keadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam
belanjawan).
Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan
Rakyat untuk menipu rakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini.
Penulis
percaya, taktik sama digunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain
juga, melainkan Kelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit.
Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang
dibangkit Hasan Ali, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam
dalam akaun Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet
lepas, Khalid mengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh
MBI.
Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini
pada Februari lepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang
dikatakan oleh Hasan Ali, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI.
Sekarang sudah 27hb Mac tau, mana wang itu sudah pergi?
Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan
Februari lepas, itu tidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak
menjawab soalan, rakyat tidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber
pembiayaan tersebut. Kalau segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satu
kezaliman kepada rakyat kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negeri
sedangkan DUN mewakili rakyat.
Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu,
bukan setakat Exco sahaja.
Lagipun dalam
Exco semua ‘yes’ man. Tiada bantahan walaupun ada yang tidak kena, maklumlah,
takut hilang jawatan.
Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini
datang kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan
geran Selangorku ini.
Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya
untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan
datang?
Bukankah
Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa mereka adalah kerajaan yang
telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci?
Kenapa pula dalam hal
menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak bersikap telus dan
terbuka?
Kita perlu
ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapat durian runtuh kerana
kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyak RM 800 juta sebagai
pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan Putrajaya.
Tapi wang ini
telah dimasukkan Khalid Ibrahim ke dalam akaun simpanan kerajaan negeri yang
dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalam sejarah Selangor mempunyai
simpanan mencecah RM 1.9 billion.
Justeru
penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini untuk tujuan pembiayaan
program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan simpanan kerajaan negeri
yang dibanggakan sangat tu.
Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan
yang nak bankrap sahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan
pengurusan.
Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini
penting untuk dijawab Khalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu
(divert).
Rakyat tidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak,
ini bukan wang Exco tapi wang rakyat.
Jadi Khalid, kami menanti
jawapanmu.
No comments:
Post a Comment