Tindakan Serang Balai Polis Satu Kesalahan Serius - Presiden PBPM

Tindakan menyerang balai polis merupakan satu kesalahan serius serta boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota polis yang bertugas, kata Presiden Bekas Polis Malaysia (PPBM) Shafie Bakri.

Beliau berkata dalam masyarakat moden hari ini, tindakan menyerang dan merusuh di balai polis merupakan tindakan tidak bertamadun dan merupakan satu kesalahan kerana merosakkan harta benda awam.

"Sekiranya ada penduduk kampung atau individu yang tidak berpuas hati dengan pihak polis, ia boleh diselesaikan secara rundingan atau mereka boleh berjumpa sendiri dengan ketua balai atau ketua polis  daerah, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini."

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan mengenai kira-kira 100 orang menyerang Balai Polis Teluk Bahang, Pulau Pinang dengan melempar batu dan membuat bantahan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan seorang anggota polis yang membaling topi keledar ke arah sekumpulan mar rempit ketika menjalankan tugas membenteras mat rempit.

Tindakan itu menyebabkan seorang mat rempit terjatuh dan mengalami kecederaan ketika cuba melarikan diri. BERNAMA

No comments: