Parti
cauvinis Cina, DAP menyeru agar semua ahli parti dan juga dari Pakatan
Rakyat bersiap sedia berdepan dengan apa yang didakwanya sebagai pilihan
raya umum paling kotor.
Semboyan yang sama didengar apabila DAP, PAS dan PKR
bersama-sama dalam Barisan Alternatif pada PRU ke 12 pada 2008 dan
sebelum itu pada 2004, 1999 dan lain-lain PRU sebelum ini.
Bagi DAP dan parti pembangkang lain, setiap pilihan raya umum adalah yang paling kotor bagi mereka.
Malah
melihat kepada semua dakwaan kosong mereka itu, tidak diketahui mana
satu PRU yang paling kotor seperti yang didakwa dakwi selama ini.
Hakikatnya negara bakal menghadapi pilihan raya umumnya yang ke-13 sejak merdeka hampir 55 tahun lalu.
Bermula
dari kemenangan besar Parti Perikatan yang mengikat kerjasama tiga
parti mewakili tiga kaum terbesar di negara ini iaitu Umno, MCA dan MIC,
kerjasama yang sama menjelma dalam bentuk Barisan Nasional pada pilihan
raya umum 1974, setelah lebih empat tahun negera di bawah pentabdiran
Mageran.
BN terus mengungguli kemenangan demi kemenangan sehingga ke hari ini.
Kemenangan
yang dicapai pula jauh daripada apa yang didakwa pembangkang sebagai
'kotor', 'dimanipulasi', 'berat sebelah' dan sebagainya.
Hakikatnya rakyat sedar apa yang dijanjikan oleh BN
selama ini samada dalam manisfesto pilihan raya mahupun dasar-dasar
pembangunan yang digubal, semua dikota dan dilaksanakan.
Tidak mungkin Malaysia pada satu masa dahulu muncul sebagai salah satu
'Harimau Asia' dengan kemajuan ekonomi dan kewangan yang menakjubkan
sekiranya negara mundur dan tidak membangun.
Malaysia juga masih terus menjadi antara destinasi pelaburan asing yang terbaik di rantau ini kalau tidak di dunia.
Sudah tentu segala program dan dasar pembangunan
ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
akan terus membawa Malaysia senagai sebuah negara yang kaya, maju,
progresif dan membangun sesuai dengan matlamat Visi 2020.
Pembangkang terutamanya DAP tidak rela melihat negara maju di bawah BN.
Sebab
itu parti itu dan juga PKR serta PAS sentiasa mengelirukan rakyat
dengan membangkitkan isu-isu yang digembar-gembur sebagai rasuah,
penyelewengan.
Ketika pembangkang sibuk menfitnah dan melontarkan
pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri,
pembangkang pula tidak mempunyai apa-apa dasar yang mampu membuktikan
kepada rakyat ia adalah jauh lebih dari BN.
Malah jika dilihat prestasi negeri-negeri yang di
tadbir Pakatan Rakyat, tidak ada langsung pelaksanaan program
pembangunan yang benar-benar boleh dikata mercu tanda kejayaan mereka.
Malah di Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu,
umpamanya, rakyat negeri itu masih ramai yang terpakasa meminum air
perigi kerana bekalan air bersih gagal diimplementasikan.
Di Selangor pula, negeri yang diterajui PKR itu tidak kurang kepincangannya dengan kes pencurian pasir berleluasa sejak 2008.
Malah yang didakwa menjadi dalang kepada kecurian
hasil mahsul negeri itu tidak lain tidak bukan adalah pemimpin-pemimpin
PKR sendiri.
Kedah pula di bawah PAS menghadapi krisis kepimpinan yang serius.
Menteri BeSar yang dianggap degil, bongkak dan jahil mahu di paksa turun oleh beberapa Exco PAS yang lain.
Akhirnya pembangunan negeri terbantut akibat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat saling bertelagah sesama sendiri berebut kuasa.
Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba memikat hati
orang Islam dengan meningkatkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam
negeri itu, seolah-olah hendak membuktikan orang Islam tidak pernah
membangun di bawah BN.
Taktik DAP ini hanya satu muslihat politik untuk terus menipu dan mengaburi mata orang Melayu.
Parti itu pada dasarnya adalah serpihan daripada PAP yang berkuasa di Singapura.
Ketika pilihan raya umum 1964, PAP menggunakan slogan 'Malaysian Malaysia' sebagai tema kempennya.
Setelah Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965, slogan yang sama dijadikan cogankata DAP pula.
No comments:
Post a Comment