perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Yakin Rampas Selangor



[Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara terbuka mengakui keyakinan beliau yang Selangor akan kembali dirampas Barisan Nasional (BN) semakin bertambah selepas melihat fenomena gelombang biru yang ditunjukkan rakyat negeri itu.

Perdana Menteri yang teruja dengan sokongan padu lebih 20,000 penduduk setiap kali beliau turun padang di Selangor berkata, jika itu gelombang yang ditunjukkan, ia bererti rakyat sudah bersedia pada bila-bila masa untuk kembali memberi kepercayaan kepada BN.

“Saya lihat hari ini satu kehadiran yang sangat meriah, sangat bersemangat dan cukup menyakinkan saya sebagai Pengerusi BN Selangor.

Tahap keyakinan saya kini semakin bertambah dan kalau inilah gambarannya, insya-Allah Selangor kembali ke pangkuan BN.

“Sudah cukup empat tahun pembangkang tadbir Selangor. Adakan janji ditunaikan? Adakah pentadbiran mereka betul,” katanya di hadapan lebih 20,000 penduduk semasa berucap sempena program Perdana Menteri Bersama Rakyat.]

No comments: