Berikut adalah laporan akhbar the Star hari ini di bawah tajuk
“Merging Will Make Us Stronger” (Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih
Kuat). Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus
bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan
perebutan kerusi.
Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari
kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan
memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung. Lagipun DAP
dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini.
Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui
pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.”
Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk
mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau
tidak adalah soal lain sama sekali”.
Tidak
sabar kita menunggu respon PAS mengenai perkara ini. Antara respon yang
dijangka ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star
memutarbelitkan kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan
DAP dan PKR.
Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa.
Kita
setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya
tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep
kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera.
Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji
sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan
mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti
masyarakat Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka.
Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian
sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar
tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu. Beberapa kenyataan membela
Melayu dibuat selepas itu sebagai ‘damage control’, antaranya oleh Nurul
Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan.
Namun, niat sebenar PKR kini terserlah apabila Jason
Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan.
Hakikatnya, PKR turut menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan
Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana
Menteri.
Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah
kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat? Walhal, PAS telah pun bersetuju
untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa
isu Negara Islam masih membelenggu PR?
Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah
mempercayai PAS. Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS
tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam. Seperti kata Jason Ong,
PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu
tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya. Pendek kata, PAS
boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan
melaksanakannya.
Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak
mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara
Islam kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya tiada maruah belaka. PAS
akan sanggup melakukan apa saja, hatta memperhambakan diri dan menerima
cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari
Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke Putrajaya.
Justeru, kenyataan Jason Ong itu perlu dilihat
secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi PAS. Kenyataan
tersebut lebih menunjukkan ketidakyakinan PKR dalam menghadapi
pilihanraya kali ini.
PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan
nazak. Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di
Permatang Pauh dan Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding
di Lembah Pantai.
Kita juga tidak boleh menolak desas-desus bahawa
Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana sedar yang
dirinya sudah tidak lagi popular di sini. Dia dijangka hanya akan
melancarkan serangan dari luar di samping menghulurkan bantuan kepada
sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’ Malaysia.
Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP
bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga
orang ketua sekali gus. Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang
ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, semuanya gila kuasa dan mempunyai
sikap diktator.
Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3.
Namun,
dengan segala rahsia Anwar di dalam genggaman Karpal dan Kit Siang,
kita tidak boleh menolak bahawa gabungan ini akan direalisasikan
walaupun jika Anwar tidak lari keluar negara. Ini kerana, walaupun
Anwar berada di atas, dia akan terpaksa akur kepada Karpal dan Kit Siang
selama-lamanya. Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan
menguntungkan DAP sahaja.
No comments:
Post a Comment