RADIO Kedah
kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR,
Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di
Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India.
Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan
takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang
sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka
kepada pembangunan negeri tersebut.
Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah
antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab
kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi
pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya. Cakap memang
banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana
masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.
Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun
digebang besar-besaran. Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru
tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.
Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh
diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari
penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih.
Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu
terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N.
Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak
wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di
Kedah.
Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada
keputusan pilihanraya di kawasan tersebut.
Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio
Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit
sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar.
Di belakang
buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat
mengata.
Semua inilah
sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula
sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang.
Dia tahu itu,
maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan
PKR dari luar dan dalam.
Malangnya
orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj
PKR dari dalam.
Orang India di
Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan
mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang.
Malulah orang India jika
peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang
memerintah. Walhal sebagai warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi
besar memajukan negate ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi
mereka di negeri tersebut adalah kecil.
No comments:
Post a Comment