Kalau dulu kita cuma mendengar kisah
cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini
ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini
boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi
terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.
Contohnya, apabila seorang pemimpin
itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan
cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan
media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami
penyayang dan mencintai isterinya.
Di
Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan.
Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang
paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi
berkhalwat.
Tetapi selain mereka, kita pasti
tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi
kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.
Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di
zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan
motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah
atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.
Sebagai hero, Anwar tidak berputus
asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada
28 Februari 1980, ala-ala Zack
dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan
lain.
Mengikut cerita Anwar di
ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya
terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung
antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan
itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma
Dermawan di rumah mereka.
Sukma Dermawan, iaitu adik angkat
‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi
iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar
di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling
Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu
masih bujang.
Setelah berkahwin,
Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17
Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14
Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma
mendapat bilik persendirian yang khas.
Selain Sukma, cinta
Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar.
Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma,
Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala
keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan.
Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi
Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar
mewangi.
Jelas, Anwar adalah
seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang
membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai
orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti
Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam.
Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun
bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan
kesamarataan.
Mungkin inilah yang
dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak
dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan
hariannya.
Hakikatnya,
Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar
juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya
sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar.
Tetapi Anwar dan
Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan
kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan
kostum warna-warni yang ditukar 10kali. Cinta yang sebenar tidak
perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan
sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.
Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar
apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa
yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang
bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya. Selain itu, kita juga
dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar.
Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap
mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas
segala pengorbanannya.
Justeru, inilah kisah
cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf
Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.
No comments:
Post a Comment