Baru-baru ini Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyambut ulangtahunnya yang ke 46.
Selama
hampir setengah abad parti serpihan parti pemerintah di Singapura iaitu
PAP (Parti Tindakan Rakyat) mengamalkan budaya politik perkauman yang
mementingkan hak bangsa Cina.
Sikap ekstremis DAP dalam memperjuangkan hak-hak
kaum Cina di Malaysia tanpa memperdulikan sensitiviti bangsa Melayu yang
menjadi tuan negara ini telah menjadi antara faktor pertama tercetusnya
peristiwa berdasrah rusuhan kaum pada Mei 1969.
Sejarah mencatatkan bagaimana setelah parti Gerakan
(pembangkang ketika itu) dan DAP menang besar di Kuala Lumpur dn negeri
Selangor, penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut telah berarak
sekeliling bandaraya di kawasan Chow Kit dan Kampung Bharu sambil
melaungkan kata kesat, maki hamun dan caci cerca terhadap Umno dan
bangsa Melayu.
"Melayu bangsat", "Melayu balik kampung", "Malaysia
kami punya", "Pergi jahanam Melayu, Umno" adalah antara slogan-slogan
yang menyakitkan hati orang Melayu di kibar-kibarkan di hadapan
penempatan orang Melayu di kampung Bharu.
Sikap bongkak, sombong dan angkuh DAP telah
menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu ketika itu dan fakta-fakta
tentang insiden rusuhan kaum yang berlaku selepasnya tercatit dengan
kemas dalam lipatan sejarah negara yang tidak boleh dikelentong oleh
DAP.
Walaupun peristiwa 13 Mei sudah lebih empat dekad berlalu, namun DAP tetap dengan sikap anti-Melayu, anti-Islam dan cauvinisnya.
Pernah
Karpal Singh (Pengerusi Kebangsaan DAP sekarang) membuat kenyataan yang
membarakan hati orang Melayu apabila berkata "langkah mayatnya dahulu"
sebelum orang Islam terlintas difikiran mereka untuk melaksanakan
undang-undang Islam di negara ini.
Kini setelah berjaya memenangi Pulau Pinang yang
diidamkan selama ini dengan bantuan PKR dan PAS, DAP menukar wajah dan
watak untuk terus menipu orang Melayu.
Parti
ini kini kononnya muncul sebagai 'pejuang' dan 'pembela' orang Melayu
dan seperti musang yang berbulu ayam berkempen kepada orang Melayu
bahawa DAP akan mempertahankan hak-hak orang Melayu, Islam dan bahasa
Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Persoalannya mengapa setelah 46 tahun baru hendak membela nasib orang Melayu dan tunjuk konon sayang kepada orang Melayu?
Kalau
tidak kerana tamakkkan kuasa dan mahu merampas kuasa politik, DAP tidak
akan sesekali mahu tunjukkan sikap yang lunak kepada orang Melayu.
Antara langkah DAP untuk me"Melayu"kan parti itu
ialah usahanya untuk menarik seramai mungkin cerdik pandai Melayu
menyertai parti itu.
Kenapa yang disasar hanya kalangan professional dan cendikiawan Melayu sahaja?
Kalau benar-benar hendak menolong orang Melayu, DAP
harus membuka pintu seluas-luasnya kepada orang Melayu bukan golongan
tertentu sahaja.
Sejak bila pula DAP bercakap
mengenai isu-isu berkaitan
orang Melayu?
Di mana DAP selama ini apabila
orang Melayu memerlukan
pembelaandalam segenap aspek
kehidupan seperti pendidikan,
ekonomi,kesihatan dan
sebagainya?
Sekarang mereka bercadang untuk meletakkan calon-calon Melayu di Pulau Pinang untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka.
Sekali lagi balaci setia DAP iaitu PAS menyokong penuh cadangan tersebut.
DAP
yang ketika ini berkecamuk dengan krisis dalaman di antara pimpinan
kanan mereka, cuba pula menggunakan taktik calon Melayu untuk menarik
undi pada pilihan raya umum akan datang.
Mereka tahu undi Cina hanya setakat 30 peratus
sahaja dan undi Melayu akan menjadi penentu dalam mana-mana kerusi
parlimen atau DUN.
Oleh itu DAP mengaburi mata orang Melayu dengan menampakkan parti itu mementingkan orang Melayu.
Hakikatnya matlamat terpenting DAP tidak pernah lari
daripada landasan iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
republik dan menghapuskan sistem Raja-raja Melayu serta dominasi politik
Melayu.
DAP hanya berjuang untuk kaum Cina, dan tidak pernah bercadang untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu.
Setelah
empat tahun di bawah DAP, nasib orang Melayu di Pulau Pinang terus
tidak terbela malah tidak menampakkan sebarang perubahan pun.
Yang penting orang Melayu mesti rapatkan saf dan bersatu untuk melenyapkan pengaruh parti perkauman ini.
Selagi DAP bernafas, selagi itu risiko berlakunya semula rusuhan kaum tetap menghantui fikiran rakyat.
No comments:
Post a Comment