Penulis amat tertarik dengan keratan akhbar Harian Metro ini yang dibawa oleh ADUN Bukit Malawati, YB Jakiran Jacomah berkenaan isu gelanggang futsal yang kebanyakannya digunakan oleh belia.
"[HARIAN METRO - 9 JULAI 2013] : Hasrat untuk menyuarakan masalah gelanggang futsal telah saya sampaikan kepada kerajaan negeri di Dewan Negeri semalam. Peruntukan sedia ada adalah sebanyak RM800,000 sahaja dan saya fikir tidak mencukupi untuk menyelenggara seluruh gelanggang futsal di negeri Selangor. Dalam DUN Bukit Melawati sendiri terdapat banyak gelanggang futsal yang sudah tidak sesuai digunakan dan kerajaan negeri harus mengambil berat tentang perkara ini. Kemudahan sukan banyak memberi manfaat kepada golongan BELIA khususnya. Tindakan harus diambil segera oleh kerajaan negeri."
Siapa sangka YB yang tua ini prihatin tentang masalah belia. Masalah gelanggang futsal ini bukan baru, ia emnjadi terlalu serius sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Negeri Selangor.
Gelanggang futsal tidak diselenggara telah menyusahkan golongan belia yang minat bersukan menggunakannya dan kerana itu juga masalah sosial makin menjadi-jadi sejak Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.
Semoga apa yang diperjuangkan oleh YB Jakiran Jacomah ini akan berhasil seterusnya akan menguntungkan semua pihak terutamanya golongan belia.
No comments:
Post a Comment