Kuala Besut - Beberapa NGO Melayu hari ini mendesak pengundi N.01 Kuala
Besut kononnya untuk merealisasikan Semangat Melayu Bersatu UMNO & PAS untuk
menjadikan kerusi DUN Terenganu menjadi 16:16.
Risalah tersebut dijumpai oleh penduduk yang baru pulang dari Program
Futsal Anjuran Puteri UMNO Kuala Besut di Kapung Nail malam tadi.
PAS tidak akan sama sekali bergabung dengan UMNO dan istilah bersatu tidak pernah wujud dalam kamus politik PAS.
Jika benar NGO-NGO yang disebutkan dalam risalah itu mahu Kerajaan Negeri
Terenganu tergantung 16:16 maka dengan segala hormatnya dialu-alukan
untuk membuat kenyataan media secara terbuka.
PERKASA, GPMS, MBM dan PEKIDA harus segera membuat kenyataan media bagi
membersihkan nama pertubuhan mereka jika mereka tidak telibat dalam
mengedarkan risalah yang disifatkan sebagai satu kenyataan bodoh dan
berniat jahat
Sumber : Nadi Rakyat Online
Sumber : Nadi Rakyat Online
1 comment:
ini semua taktik PAS untuk memerangkap pengundi supaya pengundi mengundi parti PAS dengan menyangka Perkasa, Pekida, GPMS kononnya menyokong kerajaan perpaduan sedangkan Nik Aziz akan meludah muka orang yang cuba mencadangkan sedemikian ... dalam hal ini penyokong PAS tidak peduli apa sahaja taktik yang digunakan semata-mata untuk menang.
Post a Comment