Allah Pilih Tengku Zaihan Untuk Kuala Besut, Jangan Menagis, Jangan Bersedih, Beliau Berhak Untuk Itu..


Kepada yang menangis dan menghantar SMS seperti  Selamat Tinggal UMNO dan mengatakan bahawa tidak perlu lagi aktif dalam UMNO untuk menjadi calon, harap-harap dapatlah melihat antara kepentingan diri, parti dan negeri kemudian buatlah tindakan terbaik sesuai dengan segala nikmat yang telah dinikmati  sebelum ini dan perlu disyukuri kerana bukan semua impian kita Tuhan akan makbulkan dan apakah kita tidak malu dengan para nelayan dan akar umbi yang tidak hidup sewewah kita tetapi tetap setia dan berjiwa besar dalam perjuangan?

Kita berhak menangis, kita berhak rasa kecewa tetapi tidaklah sampai kita juga sanggup melihat negeri ini jatuh kepada musuh yang akan memberi laluan kepada DAP dan para kafir harbi mencorakkan politik kita dan kepada yang masih kecewa tidak terpilih menjadi calon, cukup cukuplah merajuk. Sudah tiba masanya kita bersatu hati, membulatkan tekad, berpadu tenaga untuk memastikan Kuala Besut menjadi medan penentuan mempertahankan negeri ini. Terimalah hakikat bahawa untuk menjadi pemimpin, Allah SWT telah memilih orang yang lebih berhak untuk memimpin di Kuala Besut.

Allah Memilih Tengku Zaihan jadi sokonglah beliau tanpa rasa sangsi..

Baca lanjut kisah ini [KLIK SINI]

1 comment:

Anonymous said...

jika anda orang melayu mengaku orang Islam namun tidak mahu melaksanakan hukum Islam yang sebenar tunggulah sesuatu dari yang maha Esa.. di dunia mungkin anda lepas namun di sana anda tidak akan dapat menjawabnya.. ingatkah kita semasa ditalkinkan adakah bangsa yang ditanya??? jawabnya bukan....
UMNO telah memerintah Malaysioa lebih 55 tahun mengapa hingga kini mereka tidak menyediakan Draf HUDUD apabila mengatakan kerajaan Terengganu dan Kelantan adalah HUDUD PAS... Sampai bila undang-undang ALLAH SWT hendak diketepikan.. atas alasan apa??? Malaysia punya bangsa yang pelbagai.. ingatkah kita yang Nabi Muhammad saw mempunyai pelbagai bangsa semasa baginda mentadbir...
Jangan ingat ALLAH swt akan merestui mereka yang memperjuangkan bangsa walaupun mereka yang memperjuangkan bangsa merasakan ALLAH SWT menghantar calon berkenaan??
Adakah kita masih ingat lagi yang pimpinan negara berdiam diri bila Presiden MCA menghina hukum Hudud malah ia mengatakan selagi BN memerintah Malaysia Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan... Fikirlah wahai Insan yang memperjuangkan Bangsa...