25 July 2013

BN Menang Besar di Kuala Besut - PAS Balik Terajang Husam


Barisan Nasional (BN) seperti yang dijangka berjaya mengalahkan Pas dengan majoriti undi 2,592 seterusnya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan hari ini.
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 manakala lawannya dari Pas, Endot @ Azlan Yusof hanya mendapat 5,696 undi.
Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan DUN Kuala Besut keluar mengundi  hari ini bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu. 
Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini membuktikan kekuatan UMNO masih menyerlah.
Justeru itu, Perdana Menteri berkata, usaha untuk memperkukuhkan UMNO akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN.
"Alhamdulillah... BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang telah menyokong BN.
"Insya-Allah kita akan tunaikan semua janji-janji pilihan raya kita," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO di Seri Perdana di sini.

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *