Pagi ini 9hb Julai 2013 jam 9.00 pagi akan berlangsung sebutan Kes Sek 302 KK terhadap Detektif dan anggota D9KL di Mahkamah Majistret 5 KMJD Kuala Lumpur..
Jaffri Jaafar, 44, Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Mohd Haswadi Zamri Sharri, 32 masing-masih dituduh membunuh N Dhamendran yang disyaki terlibat dalam cubaan membunuh melibatkan senjata api.
Tanpa memihak sesiapa hari ini penulis mahu bertanya dalam hal ini siapa yang harus dipersalahkan?
Sambil itu mari kita rujuk sedikit salinan SMS daripada anggota D9 yang sedih dengan nasib yang menimpa rakan mereka..
"Salam Dato ' / Tuan-Tuan
Sebutan kes Sek 302 KK terhadap Det. / anggota D9KL (Ops Delta Kasih) akan berjln pd esok 9/7/13 Jam 9.00 pg di Mahkamah Majistret 5 KMJD KL.
Sudilah kiranya memenuhi kamar mahkamah utk sokongan moral. Makluman Dato ' / Tuan. Tq.
Inilah cobaan paling berat terhadap PDRM sepanjang zaman penubuhannya hingga kini. Maruah kita sengaja dipertaruhkan oleh mereka yg pendendam terhadap keutuhan undang2 yg di pertahan kita.
Bertalu talu tohmahan dan cadangan untuk mengurangkan kuasa kita diketengahkan oleh anasir2 pengkhianat. Tanpa tunjang yg kukuh dalam PDRM sendiri, kita akan rakus dibaham oleh haiwan2 di luar sana.
Kita digelar anjing oleh musuh2 kita....benar!!! Tanpa anjing2 yg berani dan taat inilah maka sudah lama undang2, kedaulatan, kesejahteraan dan demokrasi di negara ini direnyuk oleh komunis, dibaham oleh extrimis dan dikoyakkan oleh anasir2 pelampau dan perkauman!!!
Jika kita dituduh anjing, maka anasir2 pelampau, extrimis, komunis dan perkauman itu adalah sebenarnya ular tedung yang takut pada kesetiaan dan keberanian kita!!! Lidah bercabang dan patukan mereka tidak akan mematikan kesetiaan kita. Biar kita rebah satu demi satu krn patukan itu, namun kita tetap melawan sehingga titisan darah terakhir.
Hidup POLIS!"
Sebenarnya apa yang cuba disampaikan? Jika keluarga simati sedih dengan kematian ahli keluarga mereka bagaimana pula nasib anggota polis yang siang malam bersengkang mata demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terjamin?
Adakah selepas ini setiap pesalah akan diberikan layanan VIP seperti penjenayah-penjenayah politik yang cuba merampas negara dengan kekerasan demi kepentingan peribadi mereka?
Hari ini "PENJENAYAH DIPANDANG MULIA" sebaliknya yang "MENJAGA KESELAMATAN NEGARA" dipandang hina hingga dipanggil "BABI dan ANJING".
Penulis tidak mahu mengulas panjang kes ini kerana ia masih berada dalam siasatan tetapi sebagai manusia yang cintakan negara dan keamanan penulis mengajak anda semua berfikir tentang siapa yang harus dipersalahkan dalam hal seperti ini.
Bagi penulis, semua ini berlaku kerana kerakusan sesetengah pihak yang gila mahu berkuasa lalu mempergunakan apa sahaja perkara termasuk kes ini bagi mencapai matlamat plitik mereka.
Bagi mereka ini peluang keemasan untuk menyalahkan pihak kerajaan dan dengan mencalarkan imej pihak-pihak berkuasa yang bernaung dibawah kerajaan, dengan itu kebencian rakyat dapat dibentuk yang seterusnya memudahkan gerakan mereka menumbangkan negara.
Penulis bukan mahu mereka cerita tetapi penulis punya bukti, lihat sahaja beberpa siri himpunan Pakatan Pembangkang yang mahu menumbangkan negara dimana dalam siri-siri tersebut "ANGGOTA POLIS" dimaki hamun dan dipukul oleh pendemo-pendemo yang dipergunakan oleh Pakatan pembangkang yang bermotifkan politik.
Tetapi mereka gagal kerana segila-gila pendemo itu mereka masih hormatkan polis, maka segalah kekacauan yang diharapkan gagal dicapai dan ini memalukan gerakan Pakatan pembangkang.
Oleh itu, kesempatan seperti kes ini adalah peluang yang amat besar bagi mereka untuk menimbulkan kebencian kepada pihak polis dan seterusnya menjayakan misi meraka untuk merampas negara.
Terpulanglah kepada anda semua untuk menilai tetapi sebagai manusia yang waras berfikir dan mempunyai akal, anda semua sepatutnya tahu apa yang berlakua ini semua adalah sebahagian daripada sandiwara pakatan pembangkang yang gila mahukan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menggadai maruah Agama, Bangsa dan Negara.
Renungkanlah ayat ini...
"POLIS BUNUH TAHANAN, TAHANAN BUNUH POLIS, RAKYAT BERBUNUH SESAMA SENDIRI, SI GILA KUASA AKHIRNYA DAPAT TAKHTA."
No comments:
Post a Comment