Dataran Masjid Putra malam tadi bergema dengan alunan merdu bacaan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh ratusan ribu yang menghadiri majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul yang merupakan perhimpunan selawat terbesar pernah dianjurkan di pusat pentadbiran negara.
Pelbagai jenis media melaporkan tentang kejayaan program tersebut yang berjaya menghimpunkan umat Islam tanpa mengira fahaman dan ideologi politik semata-mata hadir untuk memuji-muji kebesaran Allah dan berselawat ke atas Rasullullah SAW.
Tetapi malang dalam hari dan malam yang sama ada puak-puak yang masih mahu memecahbelahkan umat islam dengan mengadu-domba dan membuat fitnah untuk kepentingan peribadi mereka.
Memuja dan Anwar Ibrahim dilihat lebih penting daripada memuji dan kebesaran Allah dan memulikan Anwar Ibrahim lebih berpahala daripada mengangkat Rasullullah SAW sebagai Rasul Junjungan.
Media RAsmi Parti Islam yang paling Islam di dunia yang boleh meletakkan tiket ekpress ke syurga sendiri lebih banyak mempromosi Himpunan Reformasi 2.0 daripada mempromosi Majlis Selawat Perdana yang sepatutnya menjadi Tajuk Utama Portal berkenaan.
HARAKAH seharusnya berasa malu sebagai sebuah portal Rasmi Parti PAS yang dianggap paling islam di dunia tidak mampu untuk memberikan liputan kepada aktiviti Agama tetapi lebih kepada mempromosi program yang bertindak sebagai agen memecahkan belahkan umat Islam.
Apakah sebenarnya Agama PAS ini? dan Siapakah yang sebenarnya mereka Sembah?
Persembahan mereka selama beberapa tahun kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa mereka sudah tidak lagi mempunyai agama dan jika ada sekalipun sudah tentulah ianya bukan agama Islam.
Jika kenyataan aku ini salah maka sanggahlah dengan bukti dan beritahu semua mengapa lebih penting untuk mereka mengagung, memuja dan memuji Anwar Ibrahim lebih dari Rasulullah SAW dan Allah SWT.
Mungkin ada ramai dikalangan mereka yang tidak sedar tetapi pemipmpin-pemimpin yang memimpin mereka sudah lama sedar dan tahu cuma kerana mereka takut akan kehilangan Kuasa dan harta maka mereka mendiamkan dan membiarkan saja.
Tidak penting pada mereka ada Tuhan atau tidak kerana Kuasa dan wang Ringgit lebih penting, hanya dengan itu mereka boleh berbuat apa saja tanpa perlu memikirkan dosa dan pahala.
Menjadikan Anwar sebagai yang paling AGUNG akan memberikan mereka lebih masa untuk menikmati semua itu dan mereka tidak perlu bersusah payah membanting tulang untuk mencari pendapatan.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah meneruskan fitnah dan menyalahkan orang lain agar Umat percaya bahawa mereka sebenarnya yang paling suci dan pemimpin merakalah yang menentang ketidakadilan.
Kembali kepada persoalan, Adakah Anwar ini NABI atau Tuhan kepada Umat PAS?.. mengapa beliau begitu diagungkan hingga mengatasi Sang Pencipta Yang Maha Esa?
Umat yang mana anda pilih? ....