#PRKKajang PKR Tahan Kereta Guna Bendera Parti Langgar Undang-Undang dan Bahayakan Nyawa Pelajar.


Memang sah kata Mat Taib yang menjangkakan laluan sukar untuk Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini di Kajang.

Hari ini mereka telah melakukan satu kesalahan jalan raya mengikut Akta Pengangkutan Jalan Raya 1984.Att.333 iaitu dengan sengaja menahan, melencong sesuatu kenderaan yang bukan di bawah pengawasannya. Di sini PR menggunakan bedera parti bagi tujuan menahan kereta dan jika sabit kesalahan boleh disaman sebanyak RM 300.00.

Cuba lihat betapa terdesaknya PR hingga terpaksa melanggar undang-undang semata-mata untuk meraih undi yang sudah mula menjauhi mereka.

Memang benar jika dilihat dari segi niat mereka baik tetapi tanpa disedari ianya membahayakan nyawa kanak-kanak sekolah yang sedang melintas itu kerana mereka bukanlah pengawal yang sepatutnya berbuat demikian.

Cerita yang lebih menarik ialah mengapa baru hari ni mereka sedar yang mereka diperlukan bagi membantu kanak-kanak sekolah melintas sedangkan selama memerintah di DUN kajang mereka langsung tidak peduli nasib rakyat di kajang.

Inilah dia wayang-wayang pakatan Rakyat untuk meraih undi yang semakin hilang untuk mereka. Orang Melayu di Kajang telah terang-terang menolak mereka dan kerana itu mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk melanggar undang-undang dan membahayak nyawa orang lain.

Lihat banyak lagi gambar tentang kesalahan meraka..











No comments: