23 March 2014

PRK Kajang: 15 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini

KAJANG 23 Mac - Sebanyak 15 pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil DUN itu.

Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Sungai Chua.

Balai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.

Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi di sini.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun kedua-dua calon tidak mengundi.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan perletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon Bebas.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor menjangkakan lebih 80 peratus pengundi keluar mengundi hari ini.

SPR juga menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu dapat diketahui selewat-lewatnya 9 malam ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi namun ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang. - BERNAMA

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *