Dari awal langkah PKR mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang pada mulanya bagi membolehkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ mempamerkan wajah sebenar parti itu. Ironinya selepas Anwar Ibrahim dipenjara, isterinya pula dinaikkan sebagai calon sekaligus menterjemah bahawa PKR sanggup mengetepikan semua prinsip kononnya asas perjuangan parti, semata-mata kerana kepentingan seorang individu.
Walau apapun diperjelaskan oleh pemimpin PKR mengenai kewajaran tindakan itu, sebahagian besar rakyat terutama yang mengikuti sejarah politik Anwar sejak 30 tahun lalu percaya ia adalah sandiwara terbaru pemimpin pembangkang berkenaan untuk mengalih perhatian daripada masalah peribadinya, sekali gus menjadikannya terus relevan dalam politik negara.
No comments:
Post a Comment