19 March 2014

Pendedahan : MEI FUN MENGABDIKAN DIRI DENGAN KERJA-KERJA AMAL UNTUK MEMBANTU RAKYAT! #PRKKajang


Pemimpin NGO yang berjiwa rakyat, membantu dalam diam, berjasa dalam kesamaran.

Chew Mei Fun merupakan Pengasas dan Presiden Pusat Hemodialisis pingRong-NKF, Petaling Jaya. Kesan penubuhan pusat tersebut, rakyat di sekitar Petaling Jaya mudah mendapatkan rawatan hemodialisis. Dengan dedikasi Chew dan masyarakat yang prihatin lebih banyak pusat dialisis lagi telah berjaya ditubuhkan.

Pesakit buah pinggang cuma perlu bayar RM50 setiap rawatan di pusat berkenaan. Baki RM100 akan dibiayai oleh Kementerian Kesihatan dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).

Pusat ini juga melatih jururawat dr kolej kejururawatan swasta sebelum diambil bekerja di pusat-pusat dialisis NKF di seluruh negara

Skuad Sukarelawan Utk Krisis MH370

Di dalam kesibukan berkempen Chew Mei Fun yang amat prihatin dan simpati sempat mencuri masa membentuk sepasukan sukarelawan untuk membantu ahli keluarga mangsa. Jumlah sukarelawan yang sudah mencecah 80 orang ini fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin akan membantu ahli keluarga mangsa dalam aspek menterjemahkan perkembangan semasa kes dan membantu urusan pelepasan bila-bila masa diberitahu oleh pihak MAS. Mei Fun berharap skuad ini dapat meredakan gangguan emosi keluarga mangsa.

Syabas Mei Fun !

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *