Terkini!! RM20 Juta Baki Wang KUIS Lesap?



Sebelum ini khalayak umum dikejutkan dengan pendedahan laporan audit tanggungan hutang RM54.86 juta yang sedang membebani Universiti Selangor (UNISEL) serta kegagalannya menyelesaikan tunggakan pembayaran berjumlah RM15 juta kepada kontraktor yang menguruskan penyelenggaraan dan operasi asrama pelajar.

Kini, satu lagi IPT milik kerajaan negeri Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) turut sedang menghadapi masalah yang hampir serupa, juga membabitkan isu kewangan.

Baki wang tunai RM20 juta dilaporkan sudah kering hingga menimbulkan keraguan dikalangan ramai kakitangannya terhadap kemampuan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.

Mengikut beberapa sumber, sejak negeri itu diambil alih oleh gabungan pakatan pembangkang yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS, KUIS terpaksa bergelut dengan cabaran untuk meneruskan operasinya berikutan keadaan kewangan yang semakin tenat.

Antara puncanya termasuklah peningkatan perbelanjaan dan kenaikan kos pengurusan disebabkan kemasukan ramai kakitangan baru yang mempunyai kaitan dengan parti politik, satu senario yang menyerupai dengan UNISEL.

Selain itu, jumlah pengambilan pelajar baru ke KUIS juga jatuh mendadak sekaligus menjejaskan aliran kewangan kolej itu. Lebih perit lagi, ramai pensyarahnya yang berpengalaman telah meletakkan jawatan dan impaknya memberi kesan langsung terhadap mutu pendidikan.

Berikutan itu, kita menuntut penjelasan kukuh dari pihak pengurusan KUIS serta Menteri Besar, Khalid Ibrahim supaya tidak berlaku keributan berterusan dikalangan kakitangan dan pelajar di kolej itu.

Jangan nanti bila masalah sebegini semakin membarah seperti UNISEL tiba-tiba timbul pula cadangan pendek akal dari Menteri Besarnya untuk menggadaikan aset milik KUIS konon atas alasan untuk realisasikan pendidikan percuma.

No comments: