Rakyat Malaysia Manja - Dah La Dapat Duit Free, Cukai Pulak Tak Payah Bayar!!


Kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan berikutan penurunan kadar satu mata peratusan bagi golongan tersebut mulai tahun depan.

Penurunan kadar cukai itu akan menguntungkan kumpulan dengan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.

Langkah itu akan turut memberi manfaat kepada pembayar cukai sedia ada untuk menikmati penjimatan bayaran cukai mereka.

"Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan telah menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan dua rebat cukai yang menjadikan hanya 1.7 juta orang sahaja yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang.

Pada masa ini, kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif iaitu antara kosong peratus hingga 12 peratus ke atas pendapatan bercukai RM2,500 hingga RM50,000. 

Kerajaan BN sentiasa perihatin tentang kesusahan rakyat dan sentiasa bersedia untuk menurangkan beban yang ditanggung rakyat.

Kerajaan Syurga Bagi Ape?................

5 comments:

Anonymous said...

Salaam, rakyat Malaysia bukan 'MANJA' tetapi rakyat bertuah punyai kerajaan yang prihatin dgn permasalahan semasa..Kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang berkongsi ekonomi negara utk kesejahteraan rakyat..
Bersyukurlah dengan apa yang telah disediakan daripada 'mengejar' impian alternatif..

Anonymous said...

kerajaan rakyat utk rakyat, bukannya nakkan kerajaan untuk diri dan kroni

Aemierulrizaki said...

Hehe.. kerajaan untuk diri dan kronii tu kerajaan Pakatan Anwar Yahudi la..

Untuk diri dan kroni naik jet pi ronda-ronda.. ye la.. orang banyak duit Yahudi bagi nak buat apa simpan kan?..

Aemierulrizaki said...

Sememangnya bertuah punyai kerajaan seperti kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa prihatin kepada masalah rakyat dan sentiasa mencari jalan untuk menambah baik kehidupan rakyat bawahan yang kurang berkemampuan.

Oleh itu kita harus kekalkan kerajaan yang sebenar-benarnya berkebajikan dan pandai mengurus in.

Hargailah kurniaan Allah swt ini kepada kita dan pertahankanlah..

Anonymous said...

syukur apa yg ade...