27 August 2012

Dua Remaja Perempuan lari Separuh Bogel Lari Dari Cubaan Rogol


SERDANG: Dua remaja perempuan berusia 17 tahun terpaksa berlari minta pertolongan orang ramai dengan hanya memakai pakaian dalam ketika menyelamatkan diri daripada cubaan dirogol oleh seorang pemandu teksi.

Kejadian berlaku di Taman Serdang Raya, di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin ketika kedua- dua mangsa pulang dari kelas tuisyen dan menaiki teksi suspek di Taman Cheras untuk pulang ke rumah mereka di Taman Connaught.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek yang berusia 40-an itu dikatakan membawa dua mangsa bersiar-siar hampir dua jam dengan memberi alasan mahu membeli susu kepada isterinya yang sedang sakit mahu bersalin.

"Apabila sampai di satu kawasan gelap, suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau dan memaksa mangsa membuka pakaian. Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah rumah kosong di kawasan itu.

"Suspek kemudian cuba merogol mangsa, namun mangsa melawan dengan cuba memukul kepala suspek dengan besi sebelum berlari keluar dari rumah dan menjerit meminta tolong dengan hanya memakai pakaian dalam," katanya.

Sumber itu berkata, seorang lelaki yang tinggal berdekatan mendengar jeritan itu lantas datang membantu mangsa sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan  ... Baca Lagi Klik Sini..

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *