14 August 2012

SEJUTA PENGHARGAAN BUAT HASAN ALI PEJUANG SEJATI...


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Itulah kenyataan dari Presiden PAS selepas YB Dato' Hasaan Mohd Ali dipecat dengan penuh keraguan dan tragis.

Pemecatan tersebut menjadi begitu tidak adil apabila beliau dipecat tanpa bicara yang bermaksud beliau dipecat tanpa mengetahui apakah silap dan salahnya.

Sungguh tidak masuk akal apabila seorang pejuang Islam sejati yang memperjuangkan agama, bangsa dan negaranya tiba-tiba dipecat dan malangnya tidak mengetahui salahnya... 

Cuba katakan mengapa beliau  dipecat?....adakah beliau minum arak? adakah kerana beliau berzina? adakah kerana beliau berjudi? adakah kerana beliau main bini orang? atau adakah kerana beliau meliwat?

Salahkah beliau memunggah arak yang dijual di kedai serbaneka yang kawasannya didiami majoriti masyarakat melayu beragama islam?

Salahkan beliau memeriksa sebuah tempat yang dilaporkan sebagai yang digunakan sebagai tempat memurtadkan umat islam?

Salahkah beliau mempertahankan hak istimewa orang melayu beragama islam?

Salahkah juga beliau mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi tunjang kepada keharmonian dan kesejahteraan negara?

Jangan kerana penampilan beliau yang tidak memakai serban sebesar bakul durian maka beliau dicop tidak islamik..

Jangan juga kerana tuturkata beliau yang tidak sehebat Tuan Guru Nik Aziz maka beliau dikatakan tidak berilmu..

Sebaliknya lihatlah beliau dari sudut perjuangannya... dari gerak kerjanya dan dari daya usahanya untuk menjadikan Islam, bangsa melayu antara yang terbaik...

Akhir sekali dari penulisan yang pendek ini, marilah kita sama-sama memperjuangkan apa yang telah kita pekik laungkan walaupun kita terpaksa menahan beribu panah tohmahan dan fitnah dari mulut mereka-mereka yang sememangnya dilahirkan untuk menjadi pengkhianat kepada bangsa dan agama mereka sendiri.

Allah SWT maha Mengetahui... semoga perjalanan kita akan dipermudahkan di lain kali... Insyaallah...

Wassalam...

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *