27 August 2012

Isu Hudud : Nik Abduh Selar Karpal



KOTA BHARU : Pemimpin tertinggi DAP terutama Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng diminta supaya mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi parti itu mengenai pelaksanaan syariat Islam di negara ini seperti hukum hudud. 

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, kenyataan itu amat penting bagi memperbetulkan persepsi rakyat selepas beberapa siri kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak hukum hudud dan negara Islam. 

Beliau berkata, pada masa yang sama, kepemimpinan tertinggi DAP juga perlu memberi nasihat kepada Karpal supaya berhenti daripada terus membuat kenyataan tersebut kerana ia akan menjejaskan hubungan dalam pakatan pembangkang. 

"Kita minta pemimpin DAP tidak kira siapa (Kit Siang atau Guan Eng) membuat kenyataan, paling tidak orang tahu DAP menolak kenyataan Karpal dan yang penting rakyat tahu DAP menjaga hubungan dalam pakatan. 

"Saya setuju dengan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan (yang membidas karpal). Kenyataan Karpal Boleh menimbulkan andaian bahawa seolah-olah DAP tidak menjaga pengundi Melayu, seolah-olah DAP tidak kisah lansung sedangkan sudah pasti ia tidak betul. Mana ada parti tidak mahu undi rakyat.

"DAP perlu menasihati Karpal seperti juga Pas apabila pemimpin Pas buat kenyataan bercanggah dengan semangat pakatan mereka akan diberi nasihat macam Datuk Dr. Hassan Ali dan Nasharudin Md Isa," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nasrudin yang mendakwa Karpal semakin keterlaluan apabila merendah-rendahkan dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud mengatasi jenayah.

Nik Abduh berkata, kenyataan Karpal sememangnya keterlaluan kerana beliau telah menyentuh dasar perjuangan dan tidak menghormati Pas. 

"Semua benda beliau hendak sentuh, perlaksanaan syariat Islamadalah mendasari perjuangan Pas. Dasar perjuangan parti pembangkang lain memang banyak perkara tidak setuju sebab dasar yang berbeza, DAP tidak bersetuju dengan Pas, Pas tidak setuju dengan DAP, DAP tidak setuju dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi kita diam dahulu kerana kita mahu fokus untuk berjuang menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.

"Jadi pada pandangan kami, Pas telah melaksanakannya, kita tidak sentuh dasar PKR dan DAP jadi sepatutnya ia juga diraikan oleh Karpal, memang benar hanya Karpal sahaja dalam DAP yang membuat kenyataan menolak hudud tetapi oleh kerana beliau adalah pengerusi DAP maka orang nak tahu kedudukan yang sebenar," katanya.

Ditanya apakah Pas perlu mengambil tindakan tegas sekiranya Karpal terus membuat kenyataan menolak hudud, beliau berkata ia terserah kepada kepimpinan pusat parti itu.

Sementara itu, dalam laman sosial facebooknya, Nik Abduh berkata, biarpun berhak untuk bersuara atas nama kebebasan, karpal tidak sepatutnya mamanaskan isu-isu yang 'setuju untuk tidak bersetuju' seperti mana hak kesepakatan dalam pakatan pembangkang.

"Sama ada kritikan beliau itu adalah atas premis mempertahankan sekularisme negara, atau jahil, atau keras pedal atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra agama Islam dan undi Melayu.

"Saya hairan, orang sehebat Karpal masih menari mengikut rentak yang Umno dan Barisan Nasional (BN) mahukan? Secara peribadi jika saya mengundi di kawasan beliau, saya tidak perlu berfikir dua kali untuk tidak mengundi beliau walaupun saya akan mengundi selainnya yang tidak sepertinya yang mungkin menggantikan beliau." Katanya.

#Petikan dari Utusan Malaysia 23/8/12

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *