#Merdeka55 - Cerita Mitos Turun Temurun




Mungkin sukar untuk rakan sebaya aku untuk memahami kesusah payahan atok nenek aku dulu yang berjuang untuk memerdekakan negara... Nak cakap camana sebab masa tu aku pon belum lahir..

Kisah kemerdekaan pula diceritakan dalam pelbagai versi dan ramai pihak yang mengaku pihak merekalah yang memerdekakan negara.. lalu nak jadikan cerita jadilah si pengkhianat bangsa, agama dan negara sebagai pejuang pula....

Itu versi-versi mereka dan jika didebatkan yang sudah pasti keputusannya menjadi dua.. aku sokong bos aku dan dia pulak sokong bos dia... sudahnya siapa yang menang sebab maing-masing ada pengikut..

Cerita ni takkan habis disebabkan dua pihak yang bertelagah ni "takkan pernah mengalah" (ceewwaaahh... macam lagu la pulak) maka cerita-cerita tentang kehebatan perjuangan masing-masing ini akan diturunkan ke anak cucu seperti cerita mitos dulu-dulu...

Yang mendapat keuntungan dari pertelagahan ini sudah semestinyalah musuh-musuh bangsa dan agama yang sentiasa menanti peluang terbaik untuk merampas negara ini..

Dipendekkan cerita, sebenarnya kita sendiri harus membuat penilaian.. negara kita ni aman.. boleh shopping sana-sini takde bom meletup.. takde kepala orang kene pengal depan pintu rumah..  dan banyak lagi perkara yang manakutkan.

Kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin yang bertungkus lumus memikirkan cara dan menjadikan negara kita ini antara yang paling aman dan terbaik.

Sempena hari kemerdekaan yang bakal tiba esok lusa ni.. ketepikanlah perbezaan itu.. marilah bersama kita bangunkan negara yang bertuah ini menjadi sebuah negara contoh negara pelbagai kaum yang paling aman dan harmoni...

Oleh itu, Mari kita sama meriahkan sambutan hari kemerdekaan negara 31 ogos ini... sertailah program Tweet Merdeka. @TwtUpMerdeka #Merdeka55 @NajibRazak

Serba sedikit tentang Tweet Merdeka seperti berikut:


Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia

B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter

B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)

RAJAH A

3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:

"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"

3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.


Read more: http://truthvaccine.blogspot.com/2012/08/faq-tentang-tweet-merdeka-twtupmerdeka.html#ixzz24y9wZJMq


Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: