Ditamngkap ketika mengedarkan risalah di Rumah Melayu Islam |
Sekumpulan Mubaligh-mubaligh Kristian yang sedang sibuk mengedarkan
risalah yang mengandungi ayat-ayat dalam Bible dalam dwi bahasa telah
ditahan oleh penduduk sebuah taman di Telok Datok, Banting, Selangor.
Mereka yang mengaku datang daripada Persatuan Bible Malaysia
walaubagaimanapun gagal menunjukkan Kad Persatuan apabila diminta dan
kemudiannya memberikan kad namanya sebagai ganti.
Mereka yang berjanji tidak akan menyebarkan risalah itu kepada rumah
orang Islam namun kata-kata itu tidak dipercayai oleh penduduk taman
lalu terus mengikut mereka mengedarkan risalah tersebut.
Akibat tidak selesa dengan tindakan penduduk taman mereka akhirnya
meninggalkan taman tersebut dengan 5 buah kereta dan menuju ke Banting.
Pelik Banner Menyokong JAIS DiTurunkan
Setelah mubaligh-mubaligh itu beredar dalam perjalanan pulang penuduk taman yang memberikan maklumat kepada kami terkejut apabila terserempak dengan Penguatkuasa MDKL yang menurunkan banner Membantah Penggunaan Kalimah Allah Dalam Gereja Katolik milik mereka.
Baca lagi ... [KLIK SINI]
No comments:
Post a Comment