Maklumat Palsu Alasan Khalid Samad Kepada 2000 Rakyat Selangor Yang Perlukan Rumah


Kebelakangan ini kecoh tentang cerita Sebaran maklumat palsu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan aplikasi Whatsapp kononnya terdapat program pembiayaan rumah tanpa faedah oleh kerajaan negeri minggu lalu, mengakibatkan lebih 2,000 pemanggil terpedaya dengan maklumat tidak benar itu.

Aku tak mahu ulas tentag itu tetapi aku nampak dengan 2000 lebih panggilan itu telah membuktikan bahawa rakyat selangor sangat perlukan rumah tetapi dinafikan hak mereka oleh Kerajaan Selangor.

Kerajaan Selangor sebelum ini telah menjadi juara dalam hal kebajikan terutama dalam hal menyediakan rumah untuk rakyat selangor. Pelbagai iklan dikeluarkan untuk menarik perhatian rakyat Selangor untuk memberi undi kepada mereka tetapi kini setelah memerintah pada penggal kedua mereka menafikan hak Rakyat Selangor.



Pada aku ini bual soal siapa yang fitnah atau siapa yang sebar maklumat palsu seperti yang Khalid Samad nyatakan dalam Harakah, Malaysiakini dan beberapa portal pembangkang yang lain tetapi ini adalah soal janji yang telah dibuat kepada rakyat.

Kali ini sudah masuk penggal kedua dan pendedahan itu dibuat sendiri oleh Khalid Samad apabila dikatakan hingga 2000 orang menelefon bertanyakan tentang maklumat perumahan tersebut dan ini membuktikan Kerajaan Selangor telah gagal melaksanakn apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Mereka selalu menunding jari kepada Kerajaan Persekutuan tentang pelbagai hal tetapi kali ini adalah janji yang mereka buat kepada Rakyat Selangor dan janji itu dibuat dalam bentuk iklan dan video..

Tunaikan janji kamu!! Jangan banyak dalih!!

No comments: