05 January 2014

Rakyat Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya. Jom Like Page Bantahan !!


Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan (lihat peta). Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Tidak lama lagi Putrajaya yang lebih dikenali sebagai Bandar Islam akan ada Pusat Hiburan untuk masyarakatnya bersosial. Putrajaya diasingkan untuk menunjukkan kejayaan Bumiputera Melayu Khasnya dan kini Melayu itu sendiri mahu mencemarkannya.

Adakah ini yang dimahukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk orang Melayu?

Jadi, untuk menunjukan kesepakatan kita, marilah kita sama-sama dalam bantahan terhadap pembinaan Pusat Maksiat tersebut. Mari kita sama-sama like page bantahan tersebut dan tunjukkan kekuatan rakyat Malaysia. Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! ...


https://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Menentang-Hard-Rock-Cafe-dan-Kelab-Malam-di-Putrajaya/249117548586909?fref=ts