Aku Janji Menteri Besar Selangor kepada DYMM Sultan Selangor Dalam Menjaga Kesucian Agama Islam Di Tong Sampahkan..


Sejarah yang tercatat ketika majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam menunjukkan keprihatinan Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap negeri Selangor.


Pada istiadat itu, Abdul Khalid sambil memegang sebatang tombak yang matanya berbalut kain kuning, turut melafazkan 10 Aku janji Jawatan Menteri Besar untuk dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatannya.



Aku janji itu termasuk akan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama negeri, mematuhi kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya daripada digugat oleh mana-mana pihak serta melaksanakan tugas beliau dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas.
"Memelihara dan mendungi kesucian dan keagungan sebagai Agama Islam negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Pada masa yang sama menghormati hak agama lain diamalkan oleh orang bukan beragama Islam"
Menteri besar juga berjanji untuk memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kepentingan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain dalam Persekutuan serta memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah dan kerjasama antara kaum.

Jadi sekarang ini dalam isu Kalimah Allah Allah di Selangor adakah Menteri Besar Selangor menunaikan janjinya?..

3 comments:

Anonymous said...

Terima kasih melayu pas dan melayu pkr krana memilih kerajaan p#*@! di selangor.

Anonymous said...

Saudara dan saudari yang mencintai Dharma
Biar saya ceritakan sejarah tentang SAMNAK SAMBODHI, TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR. Kali terakhir kami menjadi ahli kuil tetapi kini kami berjauhan kerana kini Ahli Jawatankuasa amat berbangga dengan aktiviti dan tugas kuil.
Sebaliknya, presiden kuil sekarang ialah YIP KUM FOOK dan anaknya YIP JIUN HANN. Anaknya selalu berkata kepada para penganut: KUIL INI ADALAH KUIL BAPA SAYA. Atau ayah saya punnya harta …kami semua diam, kerana Kami tahu kuil ini dari mana asalnya...
Kini AHLI JAWATANKUASA kuil adalah satu-satunya kumpulan mereka sahaja. Orang lain tidak boleh menyertai sebagai ahli dan menggunakan sami Myanmar hanya untuk perkhidmatan dan berkat. Hanya sami Myanmar sahaja yang sangat fikiran cerdik (Semua sami dari Myanmar berpangkat DR atau PH. D), tetapi penganut di sini sangat keliru kerana penganut Buddha di sini tidak pernah mendengar nama itu (gelaran).
Jika kita faham ajaran Buddha yang mencipta KARMA BURUK. akan menerima apa yang telah dilakukan
oleh Jawatankuasa sebelumnya
Samnak Sambodhi, Desa Jaya, Kepong, KL

Anonymous said...

Please share and forward to all friends

We would like to inform everyone about YIP KUM FOOK, president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong, YIP KUM FOOK has never embarrassed people about him always lying, cheating, insulting Buddhist teachings, etc.

Recently a lot of people are talking about his character, before this he was a truck driver who sends furniture everywhere, then he studied law courses at some universities but we don’t know he studied courses or not because he doesn’t know law, he deceives people. everywhere. and how lawyers can deceive people without fear of the law

Hope everyone should care about this name YIP KUM FOOK (LAWYER OR MCA GOMBAK CHAIRMAN AND PRESIDENT OF SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE), also needs to be shared and forwarded to all. If you make a mistake, you will lose everything, this man or YIP KUM FOOK is very dangerous and his son (YIP JIUN HANN) is also the most dangerous.

By KOK MENG, KEPONG
Translated by Dr. Chew