Blogger Pro UMNO Ancaman Kepada Negara, Mengugut Untuk Memberontak Jika Tidak Diberi Bayaran Lumayan - Ibdillah Ishak??



"Kami juga bersetuju dengan pandangan YBhg. Sdr Ibdillah yang melahirkan rasa kurang senangnya dengan gelagat bloggers pro UMNO yang suka meminta upah untuk menjatuhkan pemimpin dan personalit awam. Bloggers pro UMNO juga tiada pernah merasa bertanggung jawab terhadap kesan posting - posting mereka yang dipenuhi dengan adegan lucah, seks dan pekara-pekara yang tidak sehonoh.
Maka kami merasa bahawa haltuju yang dibawa oleh YBhg. Sdr Ibdillah cukup tepat. Beliau nampaknya mahu media baru UMNO membawa fokus kepada isu-isu gaya hidup ("lifestyle") dimana penekanan boleh diberi kepada isu-isu yang boleh membawa manfaat kepada golongan pembaca dari terus berpolitik 24 jam sehari."
Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Rembau Times yang mendedahkan rupanya selama ini Blogger Pro UMNO dibayar oleh Kerajaan. Kenyataan itu sebelum ini pernah disebut oleh Pengerusi Media Baru PPUM yang diagungkan oleh Rembau Times tetapi dinafikan oleh Ibdil menyatakan beliau tidak pernah menyebut demikian tapi hari ini keluar balik kenyataan itu tapi dari siapa... Ibdil atau KJ?
"Maka kami merasa bahawa haltuju yang dibawa oleh YBhg. Sdr Ibdillah cukup tepat. Beliau nampaknya mahu media baru UMNO membawa fokus kepada isu-isu gaya hidup ("lifestyle") dimana penekanan boleh diberi kepada isu-isu yang boleh membawa manfaat kepada golongan pembaca dari terus berpolitik 24 jam sehari.

Akan tetapi, pembahruan yang cuba dilakukan oleh YBhg. Sdr Ibdillah mendapat tentangan yang cukup kuat dari golongan bloggers pro UMNO ini. Mereka tetap mahu untuk mengeluarkan posting yang penuh dengan berita berunsur fitnah, maksiat dan hasutan. Mereka mendesak dibayar dengan gaji yang lumayan dan mengugut akan memberontak jikalau desakan itu gagal ditunaikan."
Demi mempertahankan Ibdil Rembau Time telah menuduh Blogger Pro UMNO mengugut, memfitnah dan akan memberontak jika tidak diberikan bayaran lumayan... Benarkan begitu? Siapa Blogger yang meminta bayaran tersebut dan mengapa Ibdil tidak membuat laporan polis jika diugut?  


"Dalam pada itu, krisis yang serupa melanda Pejabat Perdana Menteri. Disebabkan ada segelintir bloggers yang merasa kecewa ataupun telah disuap oleh golongan yang anti-Najib, maka mereka telah bertindak diluar batasan untuk memfitnah Dato Seri Najib bersama isterinya dan merendahkan martabat pemimpin negara dikalangan rakyat mahrean. Pekara lapuk dan dakyah ekonomi songsang telah dibawa mereka untuk memberi gambaran seolah-olah Dato Seri Najib tidak arif dalam mengurus ekonomi negara, malah telah menidakkan usaha Perdana Menteri dalam merendahkan kadar defisit negara sebagai tindakan ala "penny wise, pound foolish"."
Rembau Time juga ada menyebut Blogger yang kecewa ataupun telah dibayar oleh golongan anti Najib bertindak luar batasan memfitnah PM Najib dan Isterinya... Disini sekali lagi jika benar ada bukti mengapa Ibdil tidak laporkan kepada polis atau SKMM dan isu ini rasanya Papa Gomo boleh jelaskan kenapa PMO diserang kot?

"Oleh demikian, kami berharap kedua dua pihak dapat menasihatkan Jemaah Menteri dan Majilis Tertinggi UMNO supaya mengguna pakai apa jua peruntukan untuk melawan balik ancaman bloggers pro UMNO. Jangan biarkan pemberontakan ini mendapat tempat dan hati dikalangan masyarakat mahrean dan pembesar UMNO sehingga kedudukan PM menjadi goyah."

Dan akhir sekali merupakan Part yang paling menarik bila mereka meminta Jemaah Menteri dan MT UMNO menggunakan segala peruntukan yang ada untuk melawan balik Blogger dan menuduh Blogger Pro UMNO sebagai Ancaman Negara... WooooWWWWWW!!! Hebat!!


Oleh itu kepada sesiapa blogger dan pengamal media  yang baca blog aku hari ini kita sama-sama mintak Ibdillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengemukakan bukti apa yang disebut oleh Rembau Times itu yang menuduh Blogger Pro UMNO sebagai Ancaman Kepada Negara, Mengugut dan Memfitnah beliau.

Jika tidak ada maka Ibdillah telah berbohong dan dengan sengaja mahu menafikan peranan blogger Pro UMNO yang selama ini telah melakukan apa sahaja untuk mempertahankan UMNO. 

Jika Ibdilah tidak mengatakan demikian maka Ibdillah Ishak Wajib Menyaman The Rembau Times dan buktikan bahawa apa yang dikatakan itu tidak benar!! Silakan

4 comments:

cheguman said...

Klu peruntukan tu dah dikeluarkan dan aku yakin yg aku lom dpt, kat mana nak claim ni? Tak tau la klu masa ambik duit tu umno pukau aku supaya tak sedar yg aku dah terima wang upahan.

My LADY said...

Jika benar apa yg dituliskan oleh Rembau Times dan si Ibdil instadrama SS tu. Sila kemukakan bukti terlebih dahulu. Klu benar ada bayaran.. blh tk check awat saya tk pernah terima?

Aemierulrizaki said...

Mungkin kita leh pergi ke pejabat pemuda UMNo Malaysia untuk tuntut bayaran tu @cheguman... hehehe

Aemierulrizaki said...

hahaha.. sebab @MyLady kene pukau cam cheguman cakap tu atau kene tembak dengan cahaya laser macan dalam cerita MIB tu kot. Ambik duit kene laser pastu tak tau ape dah berlaku... heheh

Baik MyLady check bebetul ade terima ke tidak?