Dalam perjalanan aku mengikuti Jelajah Anak Malaysia Di Bawah Bayu 2.0, banyak perkara baru yang telah aku lihat, daripada bentuk muka bumi, adat tradisi, cara kehidupan hinggalah ke taraf ekonomi masyarakat di sana.
Telah lebih enam daerah yang aku jelajahi bersama dari bandar hingga ke
pendalaman tetapi setakat hari ini yang sudah masuk hari kesebelas aku berani mengatakan bahawa masyarakat di Sabah bukanlah terlalu miskin seperti yang dicanangkan oleh pihak pembangkang Pakatan Rakyat.
Perkataan terlalu miskin terlalu hina bagi masyarakat pelbagai bangsa di Sabah yang selama ini telah sebati dengan kehidupan dan tradisi mereka.
Jika dikatakan tiada pembangunan, aku mengajak sahabat dan taulan melihat sendiri keadaan di Sabah yang setiap daerahnya mempunyai bandar dan pekan yang cukup lengkap, jaringan jalanraya yang baik dan pembangunan yang melimpah dengan bangunan baru dibina bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Sebagai contoh ketika berada di sepangar boleh dikatakan separuh daripada jumlah rumah yang kami lawati telah menerima bantuan rumah baru dari kerajaan dan ada juga jalannya yang baru dibuat dengan menggunakan simen.
Ini terbukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya prihatin terhadap masalah rakyat dan sentiasa berusaha untuk menambah baik cara bagaimana untuk membantu rakyat.
Apa yang dikatakan oleh pembangkang terhadap rakyat Sabah merupakan satu penghinaan yang amat besar seolah-olah menunjukkan bahawa rakyat Sabah tidak mampu berusaha dan sentiasa mengharapkan bantuan kerajaan sampai ke riba mereka.
Oleh itu, rakyat sabah harus menolak dakyah parti pembangkang ini dengan mentafsirkannya dalam undi yang akan dipangkah pada PRU ke 13 ini.
Akhir kata, pilihlah parti yang benar-benar membantu rakyat demi masa depan yang lebih sempurna.
No comments:
Post a Comment