[PENDEDAHAN] MENGAPA MAT TAIB MASUK PAS PART 1

Bukan satu kejutan apabila Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib yang pernah menjadi Menteri besar Selangor lebih 10 tahun masuk menjadi ahli PAS.

Keadaan ini telah diduga apabila timbul kekecohan namanya tidak dicalonkan sebagai Wakil Rakyat pada Pilihanraya Kecil 2010 di Hulu Selangor.[KLIK SINI]

Ketika itu, adik beliau, Dato' Raduan Muhammad Taib memainkan peranan penting sebagai pelobi supaya abangnya dilantik sebagai calon BN di PRK Hulu Selangor. Raduan juga dikesan bertemu dengan beberapa pemimpin kawasan di Batang Kali, Sungai Choh dan Sungai Buaya. Maka lahirlah 'banner' kononnya menggambarkan bahawa rakyat di Hulu Selangor mahukan Mat Taib sebagai calon di sana.

Namun, kepimpinan BN ketika itu tetap memilih calon yang dipilih oleh MIC kerana kerusi Hulu Selangor memang milik MIC sejak duhulu lagi. Calon yang dipilih adalah P. Kamalanathan.

Akibat kecewa, Mat Taib juga menolak untuk menjadi salah seorang penceramah untuk membantu kempen BN di Hulu Selangor ketika itu. Beliau memberi alasan yang pelbagai. Namun ramai orang UMNO percaya beliau kecewa kerana tidak dicalonkan. Alhamdulillah.. BN menang di PRK Hulu Selangor dan merampas kembali kerusi parlimen itu.[KLIK SINI]

Kekecewaan berlanjutan hingga beliau tidak lagi hadir dalam program UMNO sama ada di peringkat negeri Selangor dan Pusat. Sejak itu beliau tidak lagi menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya. Ramai yang menjangkakan beliau akan berundur dari arena politik ketika itu.

Maka ketika itu, beberapa pemimpin Pas mengambil kesempatan berdamping dengan Mat Taib. Antara pemimpin Pas yang terawal bertemu dengan Mat Taib adalah Mustapha Ali. Pertemuan yang pertama berlaku pada tahun 2011 di mahligai milik Mat Taib sendiri di Seksyen 7, Shah Alam. 

Semua tahu, sudah menjadi tabiat Pas memburu pemimpin UMNO yang kecewa.

Pertemuan dengan Mustapha Ali diatur sendiri oleh adik Mat Taib, Dato' Raduan. Namun, bukan pemimpin Pas sahaja yang bertemu dengan Mat Taib, beberapa pemimpin PKR turut dikesan beberapa kali bertemu dengan Mat Taib di Restoran Darul Ehsan di Seksyen 3, Shah Alam. 

Pertemuan mereka semakin kerap pada awal tahun 2012, kemuncaknya adalah apabila Presiden Pas sendiri bertemu dengan Mat Taib di kediamannya di Seksyen 7. Pertemuan di antara Mat Taib dengan Hadi Awang berlaku sebanyak tiga kali.Antara pemimpin Pas dan PKR yang dikesan pernah bertemu dengan Mat Taib ialah Mustapha Ali, Salahuddin Ayub, Nasharuddin Mat Isa, Dr Rani, Nizar Jamaluddin dan Haron Din.[KLIK SINI]

Siapa pemimpin ini yang menerima 'envelope' dipercayai berisi wang yang diserahkan oleh pegawai keselamatan Anwar Ibrahim di KLIA tahun lepas??? Apa kaitan pemimpin ini dengan Mat Taib??? Nantikan pembongkaran - PART 2

3 comments:

Anonymous said...

ko ada je cerita... ini cereka atau cerbenar.. tuan punya badan pun dah beritau cerita sebenar.. kau boleh pusing lagi.. agak2 kau punya cerita ni boleh dapat pahala untuk balancing dengan kau punya dosa tak.. muhasabah lah kawan,, kau solat jaga tak? kalu jaga.. benda2 lain pun kau kena jaga juga.. nanti sia2 solat kau tu.. solat yg tak mencegah diri drp perkara mungkar tu maknanya solat kau tak diterima.. muhasabah lah ya..

Aemierulrizaki said...

hahaha.. ko dengar cerita sapa? Mat Taib?.. Cerita Sebenar?...

Hahah.. Aku duduk dalam rumah Mat Taib sembang ngan dia. cerita habis pasal kecewa..

Tu la Bahalolnya puak Penganut Agama PAS ni asal dengar je cerita puak kecewa korang pecaya bagai nak giler.. hahahahahh

Soalan Mudah Aku.. Kenapa lepas puluhan tahun baru nak masuk PAS?... hahah

Anonymous said...

Pena dari tanah melayu, bykkan istighfar dan bertaubat ye,apa saja yg anda tulis dlm blog ni akn dipersoalkn di akhirat kelak. Kalau bnar, anda berdosa krn membuka aib org lain,kalau salah,pun berdosa krn memfitnah,sudah2 lah..slagi Allah bg anda bernafas,gunakan lah sebaik2nya.