Jelajah Anak Malaysia menjelajah ke seluruh Sabah kali ini bersama dengan sekumpulan pelajar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan membawa mesej keamanan dan pendidikan.
Presiden Gabungan Generasi Muda (G2M), Mohd Shahar Abdullah dalam setiap ucapannya amat menekankan tentang kepentingan 2 perkara tersebut.
Keamanan amat penting dalam bagi sesebuah negara dan baru-baru ini kita telah digemparkan dengan Tragedi Lahad Datu dimana sekumpulan pengganas telah masuk menceroboh sempadan negara kita dan membuat huru-hara hingga mengorbankan beberapa anggota keselamatan negara.
Perkara yang amat mengejutkan ini tidak akan berlaku dalam negara kita jika semua lapisan masyarakat mengambil berat tentang keselamatan negara dan menghargai keamanan yang telah sedia ada.
Semua ini dapat dielakkan dengan kesepakatan antara kaum dan agama, saling menghormati antara satu sama lain dan berkerjasama dalam menjaga keamanan negara.
Dalam hal pendidikan pula Team Jelajah Anak Malaysia yang rata-ratanya datang dari golongan mahasiswa sememangnya mempunyai misi ke arah itu. Mereka hadir dengan membawa mesej kepentingan pendidikan dalam kehidupan dan masa depan negara. Tanpa pendidikan yang sempurna sukar untuk generasi baru anak muda untuk bersaing di masa hadapan.
Maka dengan itu memang tepatlah apa yang dilakukan oleh Team Jelajah Anak Malaysia yang diketuai oleh Saudara Mohd Shahar Abdullah dalam membawa satu misi untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk anak muda pada masa akan datang.
Diharapkan program seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa demi menjaga keamanan dan keharmonian negara.
No comments:
Post a Comment