Tak sangka hanya kerana takutkan Cikgu Partibahan, Khalid Gagap Menteri Besar Selangor terpaksa cabut lari lintang pukang.
Apa yang nak ditakutkan sangat dengan Cikgu Partibhan ni kalau MB Selangor yang menjadi ADUN Ijok buat kerja dan sentiasa mendekati rakyat?
Tapi itulah kenyataannya, Cikgu Partibhan yang dulunya sebagai Penyelaras DUN Ijok adalah seorang calon yang baik dan prihatin terhadap masalah rakyat.
Sentiasa turun padang tak kira apa jua majlis tanpa mengira kaum dan agama menjadikannya calon pilihan di DUN Ijok sekaligus melenyapkan impian Khalid Gagap untuk terus berkuasa.
Hari ini, Cikgu KR Partibhan antara calon tersenarai yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri untuk bertanding di DUN Ijok.
Diharap dengan segala usaha yang dicurahkan selama ini akan membuahkan hasil dan memberi kemenangan besar kepada BN di DUN Ijok pada PRU nanti.
No comments:
Post a Comment