#JelajahAnkMsiaSabah Bantu Angkat Tong Air Ke Rumah Penduduk


Tenom - Slot Kam1 Prihatin di Tenom hari ini diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepda beberapa buah kampung dalam kawasan tersebut.

Peserta Jelajah Anak Malaysia Di Bawah Bayu 2.0 dipecahkan kepada 3 kumpulan kecil dan menyampaikan sumbangan mengikut kampung-kampung seperti yang telah diarahkan. 

Kumpulan A yang diketuai sendiri oleh Presiden Gabungan Generasi Muda (G2M), Saudara Mohd Shahar Abdullah telah dipilih untuk kel lokasi Kg. Sumbiling, Kg. Sawang, Kg. Jawa sumbiling dan Kg. Pagasangan.

Perjalanan menyampaikan sumbangan dari kampung ke kampung yang lain agak jauh dan jalan yang dilalui tidak begitu baik. 

Cuaca yang panas, jalan yang bercampur dari yang berturap, jalan simen hinggalah ke jalan yang tidak berturap tidak mematahkan semangat anak-anak muda yang bersama kumpulan tersebut menyampaikan sumbangan kepada keluarga miskin dan memerlukan.

Dalam perjalanan ke kg. Pagasangan melalu jalan berbatu dan berbukit tiba-tiba kumpulan kami terserempak dengan 2 orang wanita yang sedang menolak tong air biru yang sangat besar.

Mohd Shahar yang ketika itu berada dalam konvoi mengarahkan semua kereta berhenti dan beliau sendiri bertanya 2 wanita tersebut apa yang sedang meraka lakukan dan alangkah terkejutnya kami apabila mereka mengatakan mereka mahu menolak tong biru tersebut ke rumah mereka.

Atas dasar prihatin, Mohd Shahar mengarahkan anak buahnya mengangkat tong biru tersebut untuk dihantar ke rumah wanita berkenaan.

Bayangkan betapa susahnya mereka berusaha untuk mendapatkan keperluan asas dan jika kita di tempat mereka mampukah kita berbuat demikian.

Setibanya di rumah wanita tersebut sekali lagi kami terkejut apabila ada seorang lelaki yang terlantar sakit lumpuh di dalam salah sebuah rumah tersebut.


Walaupun tidak termasuk dalam perancangan program, Mohd Shahar sebagai seorang ketua telah membuktikan kepimpinannya, memberikan sumbangan kepada keluarga tersebut sepertimana yang diterima oleh keluarga lain dalam program tersebut. Apa yang berlaku hari ini memang benar-benar menginsafkan peserta dalam kumpulan A, rata-rata mengakui jika mereka berada di tempat keluarga berkenaan mungkin tidak mampu untuk mereka menempuhinya, tetapi apa yang mereka lihat hari ini akan memberikan sesuatu yang baru untuk difikirkan dan jika satu hari nanti mereka menjadi pemimpin pasti golongan seperti itu akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Sepanjang perbualan kami dengan keluarga-keluarga terbabit, mereka amat berterima kasih kepada kerajaan barisan Nasional yang selama ini telah banyak membantu dalam mereka membaiki taraf kehidupan untuk masa depan yang lebih baik.

Mereka ini adalah contoh sebenar dalam kehidupkan yang membuktikan kesusahan dan kemiskinan bukan penghalang untuk kita berusaha ke tangga kejayaan.

2 comments:

Anonymous said...

saya pun kesihan kepada perkerja BN ini yang bersusah payah mengangkat Tangki BN ini,jadi kalau jalan raya yang tidak baik dan teruk siapa yang salah,si Anwar kah?...jadi fikir lah sendiri kalau mahu bantu pun jangan lah terlampau mengelentong lama-lam kelentong terkena batang hidung sendiri,saya orang tenom dan memang tahu kawasan tersebut jalan nya tidak diselanggara oleh kerajaan BN.

Aemierulrizaki said...

Maaf kenyataan anda salah. setibanya saya di sana banyak sudah pembaharuan yang telah dilakukan termasuk pembinaan jalan baru yang banyak. Jalan baru yang dibina menggunakan simen telah masuk sampai ke depan rumah penduduk.

Dan jika saudara berkata adakah salah Anwar semua itu jawapannya.. Apakah yang telah dilakukan Anwar? tida apa yang dilakukan oleh Si Anwar penipu selain bercakap dan menipu setiap masa.

Tiada apapun yang dilakuakan oleh si Anwar penipu sepanjang 5 tahun pemerintahannya sebagai ketua Pakatan Rakyat. Negeri yang ditadbir pakatan rakyat hanyalah tempat untuk mereka mengaut kekayaan.

Jika benar saudara percaya Anwar berbuat sesuatu sila buktikan apa yang telah dilakukannya?..