24 April 2013

[PENDEDAHAN] MENGAPA MAT TAIB MASUK PAS PART 2 - Isi Ceramah Sulung Mat Taib


Semalam aku telah paparkan sedikit pendedahan MENGAPA MAT TAIB MASUK PAS BAHAGIAN 1 dan hari ini aku berikan bahagian 2 cerita Mat Taib ini.

Bukan berniat untuk mengaibkan tetapi inilah kenyataannya dan siapa sebenarnya Mat Taib.

Mengapa sekarang? Mungkin itu antara persoalan yang bermain di fikiran rakyat ekoran tindakan Mat Taib menyertai Pas dan menjadi ahli seumur hidup parti itu baru-baru ini.

Sebelum ini, dalam pembongkaran PART 1, penulis menceritakan tentang kekecewaan Mat Taib kerana tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) menjadi antara punca krisis jiwa yang dihadapi Mat Taib hingga sanggup meninggalkan wadah perjuangan beliau sebelum ini. [klik sini]

Penulis yang berkesempatan mendengar sendiri ceramah sulung beliau di Shah Alam malam tadi bersyukur kerana beliau tidak langsung menghentam kepimpinan UMNO sebaliknya memberitahu hadirin bahawa UMNO tetap ada jasa terhadap rakyat di negeri Selangor.

Antara ucapannya, beliau memuji diri sendiri kerana menjadi arkitek kepada pembangunan di Shah Alam dan Selangor. Beliau mengulangi dan menceritakan bagaimana timbul kesedaran menyertai Pas dengan memberi alasan bahawa UMNO sudah hilang rohnya, dan Pas sahaja sebuah parti yang konsisten terhadap perjuangan menegakkan syiar Islam. Pemimpin yang hebat, tidak memuji diri sendiri.

Syiar Islam? Pas yang tegakkan? Dalam sepanjang kewujudan Pas, sila nyatakan bentuk syiar Islam yang ditegakkan oleh Pas? Tiada kan? Pas sebenarnya tidak pernah menyumbang kepada pembangunan ummah apatah lagi menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Itu hakikatnya, Pas hanya pandai mengkritik dan hanya juara mulut longkang dengan menggunakan pentas ceramah untuk mengeliru dan merosakkan fikiran rakyat. Sifat ceramah ini seharusnya tentang kebenaran, dan kebenaran itu beri ketenangan. Namun, sesiapa yang dengar ceramah Pas, mereka pulang dengan kemarahan, jiwa penuh kebencian, tiada langsung tanda-tanda ketenangan terpancar pada raut wajah mereka.

Itu semua bibit-bibit perpecahan yang dicipta oleh Pas untuk berkuasa. Itu syiar Islam? Itu semua kerja syaitan!!!

Maka, adakah tindakan Mat Taib sertai Pas dengan menjadikan alasan bahawa Pas sahaja yang mampu menegakkan syiar Islam itu tepat? Kamu silap besar Mat Taib!!!

Berbalik kepada persoalan awal, kenapa sekarang? Kononnya jika sebelum penamaan calon, orang akan ingat Mat Taib nak jadi calon. Itu semuanya alasan.

Yang pasti, kekecewaan adalah punca pokok kenapa Mat Taib berubah dan sertai Pas!

Bermula dengan kekecewaan akibat kalah di dalam pemilihan UMNO dimana beliau bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, beliau sekali lagi cuba menghidupkan sisa-sisa kerjaya politiknya dengan melobi untuk dicalonkan sebagai calon BN di PRK Hulu Selangor 2010. Semuanya berakhir dengan kekecewaan.

Sejak itu, segala program UMNO telah dipulaukannya hingga tidak lagi menjalankan tugas sebagai Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya. Jawatan itu ditinggalkan begitu sahaja tanpa kata-kata. Jelas bahawa Mat Taib bukanlah pemimpin yang bertanggungjawab.

Mat Taib semakin kerap ke Masjid dan Surau kononnya untuk memberi tumpuan kepada ibadah, tetapi sebenarnya cuba mencari jalan mengubati kekecewaannya. Maka disitulah semuanya bermula.

Bersambung. Nantikan pembongkaran PART 3.

ps: mesti ada udang disebalik mee... takkan pokok bergoyang tanpa angin bertiup, 

1 comment:

Anonymous said...

Mat Taib kata dalam PAS ada perjuangan roh Islam?

Kita tengok di Selangor.

Siapa yang tidak menyokong Dato’ Dr. Hassan Ali ketika itu EXCO Hal Ehwal Agama Islam dalam menangani isu arak dan isu murtad di Selangor? Jawapannya orang PAS Sendiri yang tidak.

Bila MB Selangor ambil portfolio Agama dari PAS (takut agaknya kes berulang) ada sesiapa dari pemimpin PAS yang bangkang - senyap seribu bahasa. Hasilnya Roh Islam yang telah diperjuangkan oleh Dato’ Dr. Hassan Ali hilang – Program EXCO turun padang utuk Kutbah Jumaat, forum perdana, kuliah lepas solat waktu dan perbagai program agama yang disediakan oleh beliau. MB Selangor boleh buat program macam tu bila pegang portfolio agama. Apa akan jadi bila Islam dijaga oleh orang yang bukan ahlinya. Akhirnya PAS jaga porfolio Adat-adat Melayu apakah bendanya itu buat PAS yang dijaguhkan sebagai pejuang roh Islam.

Bab Isu Murtad, pagi-pagi buta lagi MB Selangor minta maaf kepada ketua gereja tanpa merujuk kepada EXCOnya Dato’ Dr. Hassan Ali. Khalid Samad pun joint sekali, dengan hasad dengkinya hentam Dato’ Dr. Hassan Ali, tanpa usul periksa sokong gereja sampai dapat gelaran. PAS yang lain menikus tunggu dan lihat.

Isu arak, serbuan dibuat, arak dirampas, Akhirnya arak diserahkan balik. EXCO Dato' Hassan Ali kene tegur Ronnie Liew ketawa besar misi berjaya.

Di Selangor, rumah urut, pusat judi dan maksiat haram dibuka merata-rata bagai cendawan. Dia orang kata Ronnie Liew punya kerja. Apa orang PAS buat, pandang dan lihat saje, Mana letak perjuangan Roh Islam

Bila Dato’ Dr. Hassan Ali buat program Selamatkan Aqidah Umat Islam. Apa orang PAS buat, diam seribu bahasa takut juak-juak PR marah. Politik semata-mata sebab yang terlibat juak-juak PR jugalah agaknya.

Akhirnya Dato’ Dr. Hassan Ali dipecat dari PAS. Bersorak DAP kerana orang yang perjuangkan Islam, Melayu dan Raja dibuang dari PAS dan tak boleh nak bersuara lagi dalam mesyuarat EXCO lah agaknya.

Keadaan lain pula, masjid mula dicemarkan? Orang PAS benarkan orang kafir yang tak tutup aurat tah bersih tah tidak masuk dalam masjid, ruang solat pulak tu. Kalau Masjid Negara, Masjid Negeri Selangor dan Masjid Putrajaya pelawat bukan Islam boleh lawat tapi di luar ruang solat dan mesti menutup aurat. Roh masjid pun PAS tak reti nak jaga.

Siapa yang tak melindungi kalimah Allah? Orang Pas jugak yang membenar kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam termasuk dalam bible, takiralah apa bahasa sekali pun. Keesaan Allah dalam Islam sama ke dengan Konsep Trinity dalam Kristian bagi PAS? Khalid Samad boleh semacam je.

Tengok Sidang DUN Selangor, ADUN bukan Islam guna ayat-ayat Al-Quran dan kalimah Allah untuk dipersendakan kepada orang Islam. Dr. Rani ketawa bagai satu hiburan. Orang PAS tak pernah memberi nasihat pada rakan-rakan pakatan mereka pun.

Nak perjuangkan Islam pun takut dengan rakan pakatan mereka. Perjuangan Negara Islam tukar kepada Negara Berkebajikan dari pokok kepada ranting. PAS kata Putrajaya dulu baru Negara Islam. DAP dan PKR kata minta maaflah.

Ulamak Pondok pun tak percayakan PAS boleh perjuangkan Roh Islam dan rata-rata mereka menolak PAS dan sokong perjuangan yang dibawa oleh Barisan Nasional secara keseluruhan.

Inikah yang dikatakan Mat Taib, PAS ada mempunyai perjuangan Roh Islam.

Tapi orang kata “Mat Taib masuk PAS amacam ada udang disebalik batu”.

Renong-renongkanlah.

Undilah Barisan Nasional (Semangat Dacing).

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *