19 April 2013

BARISAN NASIOAL KUALA SELANGOR SEDIA BERJUANG BERSAMA CALON-CALON PRU YANG DIPILIH PM

 


Inilah barisan kepimpinan Barisan Nasional bersama calon-calon yang akan bertanding di Parlimen dan DUN Kuala Selangor.

Dato' Haji Irmohizam Haji Ibrahim, Jakiran Jacomah, Dato' Amiruddin bin Setro dan Cikgu K.R.Parthiban adalah calon yang telah dipilih untuk menerajui kepimpinan baru Barisan Nasional Kuala Selangor dan mereka adalah calon yang layak mengikut kebolehan masing-masing.


Spekulasi mengenai sabotaj-mensabotaj calon di Kuala Selangor tidak wujud dan ini dibuktikan apabila semua kepimpinan dan ahli UMNO bahagian dan cawangan sama-sama meraikan calon dan mendengar amanat dari mereka untuk peperangan PRU kali ini.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pejuang-pejuang parti keramat UMNO  dan pejuang dari komponen parti Barisan Nasional yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan sanggup mengenepikan perselisihan dan perbezaan pendapat semata-mata untuk memberikan kemenangan yang besar kepada Barisan Nasional.

Dengan adanya sokongan padu daripada akar umbi seperti ini sudah pastinya mengerunkan pihak lawan dan memberikan semangat kepada semua yang akan berjuang dalam pilihanraya ini nanti.





No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *