DAP sudahpun bersuara membantah ura-ura PAS untuk menobatkan Presidennya, Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri ke-7 sekiranya pakatan pembangkang berjaya menguasai PRU 13 dan berpeluang menjadi Kerajaan Pusat.
Hadi yang terkenal sebagai Presiden paling lembab dalam sejarah PAS kelihatan berseri seketika wajahnya, namun selepas itu menolaknya secara berkias setelah menyedari tarafnya dikalangan pemimpin PR yang lain hanyalah sekadar balaci suruhan sahaja.
Tanpa berlengah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tampil mengingatkan ahli dan pemimpin PAS supaya taat setia pada persetujuan bersama pimpinan tertinggi PR untuk mengangkat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai PM.
Manakala Lim Kit Siang pula selaku Pengerusi DAP dalam ucapannya di himpunan PR yang diadakan di Kota Bharu juga tanpa segan silu membuat pengisytiharan bahawa Anwar adalah calon rasmi pakatan pembangkang bagi jawatan PM.
Jelas sekali dalam soal ini DAP tidak meletakkan sebarang keyakinan terhadap kemampuan Hadi disebabkan pada perkiraan mereka Presiden PAS itu agak lembap gaya pimpinannya dan langsung tiada kredibiliti.
Ini satu penghinaan besar dan amat pahit untuk PAS telan, lebih-lebih lagi bila ia dinyatakan secara terbuka tanpa mengambil kira maruah dan harga diri ribuan ahli dan penyokong PAS yang berhimpun di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada malam itu.
Kenyataan pemimpin DAP itu pula dungkapkan hanya berselang beberapa ketika sahaja selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu mengetengahkan nama Hadi sebagai pemimpin yang berkelayakan menggalas jawatan tertinggi itu.
Satu isyarat jelas betapa DAP tidak akan bertolak ansur dengan PAS sama seperti mereka buktikan dalam menegaskan pendiriannya menentang hasrat PAS untuk melaksanakan negara Islam dan hukum hudud ala PAS.
Polemik jawatan PM tidak hanya menonjolkan pendirian keras DAP membantah pencalonan Hadi, ia turut menyebabkan PKR melalui Timbalan Presiden, Azmin Ali bersuara dengan nada yang sama.
Lebih mendukacitakan ramai ahli PAS bila mana reaksi dari kalangan pemimpin PAS seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Sallahudin Ayub juga tidak memihak kepada Hadi Awang.
Sepertinya dikalangan pemimpin juga ramai yang meragui kelayakan Hadi sebagai pemimpin parti. Jadi benarlah pandangan ramai selama ini bahawa kepimpinan Hadi sememangnya tidak efisien disebabkan kelembapannya.
Maka satu kesimpulan mudahnya, mungkin benarlah salah satu punca sampingan DAP dan PKR menentang saranan melantik Hadi sebagai PM adalah kerana kelembapannya dalam memimpin
No comments:
Post a Comment