Perkara tersebut dinyatakan oleh pemimpin mereka ketika berucap pada hari pertama konsert khas selama tiga hari sempena menyambut ulang tahun ke-75 kelahiran Ashaari yang dikenali sebagai Abuya, baru-baru ini.
Menurut sumber, kumpulan itu yang kini dipimpin oleh anak-anak serta balu Abuya meyakinkan pengikutnya bahawa perkara tersebut memang tidak mustahil berlaku.
Mereka yakin bahawa Al-Arqam akan mentadbir Daulah Islamiah seperti mana sistem khalifah dulu. Ini berlaku bukan melalui pilihan raya namun secara ajaib.
Perkara itu bagi mereka adalah dalam jadual Tuhan dan mereka kini bekerja dengan Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Malam tadi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu satu konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Homes, Rawang dekat sini.
Konsert yang bertemakan Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib itu dihadiri kira-kira 3,500 orang dan didapati melanggar arahan mufti mengikut Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan fahaman Al-Arqam.
Sumber itu menambah, lebih malang apabila setiap golongan pengikut mereka daripada kanak-kanak hingga orang dewasa telah diterapkan untuk mempercayai janji tersebut.
Pengikut juga diyakinkan bahawa Abuya tetap melihat apa yang berlaku dari alam lain.
Malah, Abuya akan kembali setelah apa yang dikatakan oleh mereka sebagai jadual Tuhan itu jadi kenyataan," ujarnya.
Menurut sumber itu lagi, konsert khas yang diadakan malam tadi merupakan upacara tahunan kumpulan itu sejak kematian Abuya dan semakin berkembang setiap tahun.
Upacara tersebut berselindung di sebalik majlis doa selamat dan makan malam, malah mereka secara terang-terangan menjemput kakitangan daripada agensi kerajaan untuk hadir," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121103/dn_01/Al-Arqam-makin-kuat#ixzz2B9hY2SjV
No comments:
Post a Comment