Disaat Doa Hancurkan UMNO Berkumandang.. UMNO Pula Mendoakan Keselamatan PAS..


Disaat Orang-orang PAS mendoakan kehancuran UMNO/BN disebaliknya Orang UMNO mendoakan agar PAS diselamatkan dan dilindungi Allah Swt...  renungkanlah.....



MARILAH kita sama-sama Aminkan doa ini...

" Ya Allah. Kami mohon kepada mu. Jangan lah kau hancur kan Pas dan jangan lah kau hancur kan Umno. Sebaliknya kau satu kan lah hati2 mereka pemimpin kedua2 parti itu agar sama2 berjuang untuk menegakkan agama mu. Ya Allah. Kau tanam lah perasaan berkasih sayang sesama islam di antara pengikut Pas dengan pengikut Umno. Ya All
ah sesungguhnya mereka pengikut Pas dan pengikut Umno adalah hamba mu yang taat kepada segala perintah mu "

" Ya Allah, jika pemimpin kedua2 parti Pas dan Umno itu telah tersesat daripada landasan mu, maka kau bawa lah mereka balik ke landasan yang kau redai. Ya Allah kau buka lah hati dan fikiran Tokguru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang. Ya Allah kau buka lah hati dan fikiran Datok Seri Najib dan Tan Sri Muhyidin. Agar masuk ke dalam diri mereka itu perasaan berkasih sayang sesama islam dan sesama melayu. Ya Allah kau buangkan perasaan benci membenci dan berhasad dengki dalam diri mereka berempat. Kau sucikan hati2 mereka dengan cahaya keimanan kepada mu dan kau nyahkan raja2 syaitan yang cuba menguasai mereka "

" Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Hamba dengan ikhlas dan suci hati mohon kau batalkan dan kau tolak lah doa mereka2 yang bersembahyang hajat di Kota Baru Kelantan kerana doa mereka itu tidak membawa kebaikan dan kebajikan kepada agama mu, kepada kami hamba2 mu dan kepada negara kami Malaysia ini. Mereka berdoa pada mu bukan kerana menyahut seruan keimanan tetapi mereka berdoa kerana mendengar bisikan syaitan yang tidak mahu umat islam bersatu hati mempertahankan agama mu "

" Akhir sekali Ya Allah, bantu lah kami agar bangsa kami ini terus memegang teraju pemerintahan di negara ini atas nawaitu kami untuk melihat Pas dan Umno sama2 menjaga kesucian agama mu "

Aminnnn ....





Sumber: http://www.facebook.com/rafi.awgkechik?fref=ts



2 comments:

Anonymous said...

Amin

Anonymous said...

Amin,,
Selamatkanlah mereka dari tipu daya para kuffar..
Diatas pentas politik ciptaan Yahudi.
Bangkitkan sistem kerajaan seperti yang dianjurkan pemimpin agung Rasulullah s.a.w
Hancurkanlah sistem peninggalan kafir yang ada pada hari ini Ya Allah..
Kembalikan pemerintahan kepada ahlul bait,
Kembalikan pemerintahan kepada khalifah..
Bangkitkan pemerintahan berlandaskan sunnah rasulMu Ya Allah..
Amin...