NAIK MOTOR DARI KOTA BHARU, KELANTAN KE PWTC, KL BAWA BEBERAPA HELAI KAIN BATIK DIJUAL UNTUK DUIT MINYAK.






Kisah Bambob.
 
Saya pun kurang tahu apa sebenarnya berlaku, lalu saya menghubungi beberapa orang kawan dan dapat cerita versi berbeza.
 
Apapun saya pasti kawan-kawan kita (pengamal media) kenal Bambob, kenal karektor beliau dan tahu keadaannya.
 
Bambob yang kita kenal hampir setiap tahun berulang alik menaiki motorsikal EX5 dari Kota Bharu, Kelantan ke PWTC, Kuala Lumpur untuk beraya bersama kawan-kawan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Bambob juga berulang ke Pilihanraya Kecil (PRK). Dalam UMNO, PAU dianggap perayaan kerana disinilah berkumpulnya keluarga besar UMNO selurih negara setiap tahun.
 
Bambob akan bawa sticker untuk dijual buat tambang minyak motorsikalnya. Hari ini kata Hj. Haji Mohd Zaffarollah Bambob membawa beberapa helai kain batik untuk dijual seperti biasa.
 
Saya tidak menyalahkan pengawal kalau menghalau Bambob kerana mereka tak kenal Bambob, manakala Bambob pula mungkin tidak tahu bahawa ada SOP ketat dilaksanakan di sana.
Siapa yang harus dipersalahkan adalah kawan-kawan yang memviralkan Bambob yang saya tak tahu apa tujuan sebenarnya. Siap ada yang menghina dan bertanya "Bambob ni perwakilan mana," dalam komen di Facebook.
 
Seharusnya ambil Bambob dan belikan pakaian murah jika itulah isunya.
 
Kawan-kawan boleh makan habis beribu ringgit, makan sampai perut terbuntang bersidai sampai bergelak ketawa besar di Riverside, PWTC. Malangnya tak mampu nak keluar sedikit wang beli sehelai seluar untuk Bambob. Bambob basah pakaiannya ketika dalam perjalanan mahu ke PWTC. Jiwa beliau besar tapi malang dihina kawan-kawan. Saya tak faham apa dalam fikiran Joy Reyzal II dan rakan-rakan lain.
Bambob viral di Kelantan, masuk surat khabar Cina, surat Khabar bahasa Inggeris kerana bagi anjing dan kucing setiap hari. Hari ini kita hina Bambob dan jadikan bahan lawak seolah Bambob ini tak bernilai.
Terima kasih kepada Hj. @zaffarullah yang menyantuni Bambob. Saya amat yakin bila sampai ke tangan beliau kes ini dianggap selesai.
 
Saya bukan orang baik, saya suka maki orang dan bergaduh tak kira tempat. Tapi saya rasa otak saya masih waras untuk menjadikan Bambob MotoRodatiga bahan lawak.
 
Stay strong Bambob. Saya tahu awak kuat. Teruskan usahamu, saya doakan awk dilimpahi rezeki dan diberi kekuatan untuk terus berbakti tak kira dimana.
 
***Tulisan ini bukan minta simpati, bukan untuk mengeji, bukan minta wang tapi untuk memberi peringatan kepada kawan-kawan agar boleh membezakan antara politik dan kemanusiaan






1 comment:

Anonymous said...

请远离马华党员 叶金福!


敬爱的马华公会中央领导層,

现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.


除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

sharing by chong taman ehsan, kepong