Anwar memberi amaran:
“Justeru, saya desak mahkamah segera membebaskan kesemua OKZ itu tanpa sebarang syarat kerana apa yang dilakukan tidak bertentangan dengan prinsip perlembagaan yang membolehkan himpunan aman dibuat,” katanya.
Siapa Anwar Ibrahim?.. Raja?.. Perdana Menteri?.. Menteri Besar?.. Ketua Kampung?.. Hakim?.. atau sesiapa yang boleh mengarahkan Hakim Norsalha Hamzah untuk membebaskan pesalah yang telah dijatuhkan hukuman.
Dalam Keadilan Daily 16 September Anwar Ibrahim menempelak hukuman dua tahun penjara yang dijatuhkan terhadap 13 peserta demonstrasi dalam insiden rampasan kuasa di Perak pada tahun 2009.
Anwar mengulas keputusan hakim Norsalha Hamzah yang memutuskan semua peserta didenda RM5,000 dan penjara dua tahun mandatori itu terlalu keras.
Jika itu dikatakan keras bagaimana pula yang dikatakan lembut?
Tetapi yang paling menarik ialah Anwar mengarahkan supaya tahanan itu dibebaskan tanpa syarat yang mana seolah-olah menyatakan bahawa Hakim yang mengadili kes tersebut tidak adil dan membuat keputusan yang salah.
Selain itu Anwar juga menuduh ada tangan ghaib yang cuba campurtangan dalam mengadili kes tersebut.
Apa kata Anwar bicarakan Hakim tersebut kerana melakukan kesalahan dalam melaksanakan undang-undang..
Ini cuma cadangan aku kepada Anwar.. cadangan je.. hehehheeh
No comments:
Post a Comment