Alhamdulillah usaha sekumpulan anak muda dengan disokong kepimpinan peringkat Parlimen iaitu Dato' Haji Irmohizam Ibrahim membawa makna yang besar bagi sebuah kawasan kecil di saat gelombang benci-membenci antara kaum sedang melanda. [KLIK SINI]
Hari ini sudah 3hb September dan 3 hari sudah berlalu selepas sambutan hari kemerdekaan namum bendera Jalur Gemilang masih terpacak, terpegang kemas di hadapan rumah penduduk kampung.
Dan itu yang sempat di snap oleh kamera kawan aku termasuk rumah cina dan india sekali.
Moralnya tidak mustahil untuk kita membawa kembali perpaduan kaum asalkan niat kita ikhlas dan disokong oleh kepimpinan peringkat kawasan.
Aku doakan sahabat aku terus maju dan pada program-program akan datang boleh membawa bersama mereka ini duduk semeja dalam satu khemah seperti dulu-dulu.
Sekian...
No comments:
Post a Comment