"Forgive and Forget" Malaysian Style : Dato Seri Idris Jusoh Akhiri Konflik Makan Dalam Tandas


Hari ini Menteri Pendidikan ll, Dato Seri Idris Jusoh mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Seri Pristana dalam Program bermaaf-maafan "Forgive and Forget" diantara guru, ibubapa dan pelajar.



Beliau yang turun sendiri dan meninjau beberapa lokasi di sekolah tersebut yakin bahawa isu "Pelajar Makan Dalam Tandas" itu sudah tidak menjadi isu besar lagi kerana diantara pelajar dan guru telahpun bermaaf-mafan dan menganggap itu semua adalah salah faham.

Perkara itu menjadi besar apabila ada campurtangan pihak luar yang berkepentingan dalam politik yang menjadikan isu itu sebagai umpan untuk memancing undi dengan menimbulkan kebencian rakyat kepada pihak kerajaan.

Isu itu sebenarnya boleh diselesaikan dalam keadaan yang aman melalui perbincangan.

Pelajar-pelajar tidak seharusnya menjadi mangsa dalam permainan isu perkauman ini kerana mereka hadir ke sekolah hanya dengan satu tujuan untuk menimba ilmu.

Lokasi yang disebutkan sebagai penghinaan dan penindasan kaum lain ketika bulan Ramadhan yang lalu ternyata bukanlah tandas dan ianya tidak kotor.

Idris berharap guru, ibubapa dan masyarakat tidak menjadikan semua isu sebagai isu perkauman dan menasihatkan  agar mereka menjaga keharmonian kaum yang selama ini menjadi tunjang kepada keamanan negara ini.

Dengan itu, Idris yakin konflik "Makan Dalam Tandas" ini telah selesai dan tiada apa lagi yang perlu digembar-gemburkan kerana pihak sekolah dan ibubapa telahpun bersetuju untuk berdamai demi kebaikan anak-anak yang dahagakan ilmu disekolah tersebut.

Turut hadir sama dalam lawatan itu ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dato Irmohizam Ibrahim dan beberapa kepimpinan dari jabatan yang terlibat.


No comments: