01 August 2013

Pasaraya GIANT Kuala Selangor Diserbu Penerima Baucer RM 100 Pakatan Rakyat... #DatoIrmohizam & Dato Amirudin Setro Sila Ambil Perhatian!!!


"Macam semut harung gula", itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan suasana di Pasar Raya Besar GIANT di Kuala Selangor hari ini.

Hari Raya yang bakal tiba dalam beberapa hari ini membuatkan orang ramai berpusu-pusu membeli barangan untuk persiapan Hari Raya daripada pakaian sampailah ke barangan untuk membuat kuih muih.

Tetapi apa yang menarik yang penulis nak ceritakan hari ini ialah mereka yang berpusu-pusu datang membeli-belah itu diantaranya adalah 1000 orang peserta yang menerima baucer RM 100.00 daripada Parti Pakatan Rakyat sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut sumber, hari ini adalah kali ketiga kumpulan besar yang ditaja Parti Pakatan Rakyat in membeli belah di Pasar Raya Besar tersebut, sebelum itu 1000 peserta yang dibahagikan kepada 2 kumpulan telah berbuat demikian.

Ini bermakna dalam 1 minggu telah ada 2000 orang peserta yang ditaja Parti tersebut telah mendapat manfaat daripada Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat.

Bagaimana dengan Parti Barisan Nasional (BN)?.. Opppss.. penulis terlupa yang pemimpin-pemimpin Parti BN sekarang sedang sibuk mengatur kapal-kapal untuk pemilihan parti yang sudah tidak lama lagi dengarnya.

Mungkin penulis terlupa dalam Parti BN ni pemilihan pemimpin parti lebih penting daripada nasib rakyat yang bertarung nasib nak menyediakan persiapan raya untuk anak keluarga.

Kalau pemimpin menang dalam pemilihan pemimpin parti nanti mereka akan menjadi orang kaya hasil daripada projek-projek  yang disalurkan oleh kerajaan kepada mereka dan kroni-kroni mereka.

Kerana itu, persiapan yang rapi dan teratur amat perlu dalam memastikan kapal-kapal yang membawa kroni-kroni mereka tidak tenggelam sebelum mencapai kemenangan.

Sibuk kan?..

Tetapi berbeza pula dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang kini sibuk membela nasib si miskin yang nak beraya.

Walaupun RM 100 tak lah sebesar mana tetapi bagi orang miskin duit itu cukup untuk mereka membeli beberapa barangan keperluan seperti gula 1Malaysia, Tepung 1Malaysia, Minyak Masak 1Malaysia dan pelbagai lagi produk 1Malaysia yang murah dan dengan RM 100 tersebut cukuplah buat mereka untuk menyediakan sedikit makanan ala kadar di pagi raya.

Jadi dimanakah dan apakah yang pemimpin Barisan Nasional ketika ini?.. Cukupkah dengan sebungkus bubur lambuk yang diedarkan oleh pemimpin dan wakil rakyat BN untuk memenagi hati rakyat Marhaen dalam kawasan masing-masing untuk mereka mengundi BN pada masa akan datang.

Sedarkah pemimpin BN terutanya di Selangor bahawa Pemimpin Parti Pakatan Rakyat tidak pernah berhenti untuk membuktikan bahawa kerajaan mereka lah yang sebenarnya membela nasib rakyat miskin dan hina.

Setakat ini dulu.. penulis akan sambung cerita ini di lain artikel.. 

*Dato Irmohizam Ibrahim & Dato Amirudin Setro sila ambil perhatian.. mungkin nama anda akan disebut pada artikel akan datang.. heheheheheh