Alhamdulilah hari ini merupakan hari yang amat menggembirakan apabila barisan peguam muda ini mempertahankan Kalimah Allah dalam kes permohonan Titular Archbishop Kuala Lumpur untuk membatalkan rayuan yang dibuat oleh Kerajaan berkaitan isu pelarangan penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak Gereja melalui penerbitan akhbar The Herald.
Rasanya tidak perlu untuk penulis mengulas panjang menceritakan perjalanan perbicaraan pagi hingga petang tadi kerana sudah banyak blog dan akhbar yang telah membuat liputan tentangnya dan penulis pasti sahabat semua telah membacanya.
Tetapi apa yang mahu penulis kongsikan tentang ini adalah penglibatan "Pejuang-pejuang Islam" dari parti PAS yang kita tahu hidup mati perjuangan partinya adalah untuk Islam.
Hari ini yang kelihatan dalam portal dan blog nampak keras mempertahankan Kalimah Allah ini adalah Timbalan Presiden PAS iaitu Nasharuddin Mat Isa yang melahirkan kebimbangannya terhadap beberapa pihak yang mempertahankan kalimah Allah ini demi kepentingan peribadi mereka.
Mana lagi pemimpin tinggi PAS? atau mungkin penulis terlepas daripada membacanya?
Sebenarnya mereka langsung tidak peduli dengan kes ini dan ini dibuktikan dengan liputan daripada Akbar Digital Rasmi mereka iaitu HARAKAH DAILY.
Penulis bukan menuduh tetapi lihatlah sendiri dan setakat jam 3.27 pagi 23/8/2013 tiada satu pun artikel daripada HARAKAH DAILY yang mengucapkan sekurang-kurangnya tahniah kepada barisan peguam yang berjaya mempertahankan Kalimah Allah untuk round pertama hari ini.
Kalau nak kata penulis bodoh lantak lah tapi ini adalah sikap yang selama ini ramai daripada pembaca Akhbar Digital PAS tidak tahu bahawa mereka ini adalah penipu dan pemfitnah.
Cuba lihat sewaktu sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 bilamana Harakah Daily mengemaskini setiap artikelnya selang beberapa jam malah ada yang hanya mengambil masa beberapa minit untuk memastikan pembacanya mendapat berita terkini dan tepat dari sumber kononnya.
Tetapi mengapa hari ini yang merupakan hari yang paling mengembirakan di saat umat Islam di Malaysia masih meraikan kemenangan Ramadhan mereka dari Harakah Daily seakan tidak mengendahkan berita ini.
Adakah berita ini bagi sebuah Akhbar Digital paling Islam di dunia hanyalah berita kelas "longkang"?
Bukankah dulu Majlis Syura PAS telah memutuskan bahawa Kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan kepada bahasa lain atau atau apa saja bentuk yang mahu mengubah maksudnya?
Jadi mengapakah hari ini Harakah Daily tidak peduli langsung berita ini?
Adakah kerana takutkan DAP maka Akbar Digital yang mewakili PAS itu tidak berani untuk beria-ia meraikan kemenangan dengan menyebarkan berita kepada semua pembacanya dengan kadar segera sepertimana yang biasa dilakukan sebelumberlangsungnya PRU ke 13.
Sebenarnya dari sini kita sudah boleh menilai sikap dan kesungguhan parti PAS dalam memperjuangkan Tuhan yang Satu Allah swt.
Mereka boleh menghantar puluhan ribu pengikut untuk berhimpun di jalanan kononnya untuk perjuangan islam, mampu mengarahkan pengikutnya mati Syahid kononnya untuk Islam, mampu menyediakan pengawal sediri dari Unit Amal kononnya juga untuk Islam tetapi malangnya tidak mampu memenuhkan laman Istana Kehakimam bagi menunjukkan sokongan kepada barisan peguam yang mempertahankan Kalimah Allah.
Mereka mampu menyediakan puluhan ribu pengikut untuk membela peliwat yang kononnya dianiaya tetapi tidak mampu menyediakan pengikutnya untuk mempertahankan Kalimah Allah.
Maka dimata mereka siapa lebih besar? Allah atau Anwar Ibrahim?
Politik PAS sebenarnya hanyalah untuk membolot harta dan kuasa dan kerana itu mereka sanggup menjual apa sahaja asalkan apa yang mereka ingini berjaya mereka perolehi dan yang menjadi mangsa diperbodohkan adalah pengikutnya yang menyangka parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar dan mampu memberikan mereka tiket ekpress ke syurga,
Penulis bukan mahu menuduh tapi tentu hala tetapi penulis mahu pembaca memikirkan siapa pembela dan siapa pengkhianat...
No comments:
Post a Comment