Irmohizam YB Muda yang mahu Hari Merdeka dirayakan meriah di kawasan jajahannya


31 Ogos 1957 hari Merdeka dan tiba sekali lagi 31 Ogos 2013 ini genaplah 56 tahun kita Merdeka dan tahun ini temanya "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku".
Tetapi tahun ini juga kelihatan semangat menyambut atau memperingati hari tersebut seakan pudar dan tidak bermaya.
Dengan sebab itu, sebuah pertubuhan belia kampung mengambil langkah mengadakan program "1Rumah 1JalurGemilang" dengan tujuan untuk memberikan sedikit suasana dan kegembiraan untuk menyambut hari yang bahaga itu.
Lebih 70 buah rumah telah dipasangkan bendera Jalur Gemilang tanpa mengira kaum dan agama, senyuman manis terukir dibibir menyambut baik kedatangan belia yang menyerahkan bendera dari rumah ke rumah.
Tetapi yang harus dipuji adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dato Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim kerana kesungguhan beliau untuk turut bersama dalam menjayakan program tersebut.
Walaupun sibuk dengan pelbagai undangan dan temujanji yang harus dipenuhi namun YB muda ini tidak pernah jemu, tidak kenal penat dan lelah untuk menunaikan tanggung jawab yang telah diamanahkan kepada beliau.
Dalam ucapan perasmian beliau turut memberi peringatan kepada belia-belia untuk sayang kepada negara sambil menceritakan pengalaman negara luar yang kini diambang kehancuran akibat peperangan.
Ramai dari kalangan belia terharu dengan kehadiran seorang pemimpin besar yang  sanggup untuk bersama belia-belia kampung dan ini membuktikan bahawa beliau adalah pilihan yang tepat bagi golongan muda dan belia.
Kekangan masa dan tugas tidak menjadi penghalang kepada beliau sekaligus membuktikan bahawa generasi baru juga mempunyai kemampuan untuk memimpin negara yang bertuah ini.
Penulis juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB muda yang hebat kerana kemitmen yang diberikan dan penulis doakan agar beliau terus maju dan berjaya dalam tugasan-tugasan yang telah diberikan kepada beliau tanpa menggugat peranan belaiu sebagai seorang Ahli Parlimen.

No comments: