Kerana taksub dengan fahaman dan fatwa sendiri akhirnya Maznah Anjing telah disahkan menghina Islam melalui video yang tersebar di youtube baru-baru ini. [KLIK SINI]
Video itu memaparkan seorang individu yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dengan berlatarkan suara takbir raya.
Rakaman video yang berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang individu memakai Baju Melayu hitam mengambil wuduk sebelum menyediakan kuih raya kepada anjingnya.
Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesis, warna, asal usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing)".
Ia turut mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Chetz sekeluarga" dengan gambar individu dikenali Chetz itu duduk bersama dua anjingnya di atas sofa manakala seekor lagi anjingnya di atas lantai (bawah sofa) di dalam sebuah rumah.
Apa sebenarnya nak jadi dengan masyarakat Islam di Malaysia ni?.. Masing-masing nak ikut hati dan fatwa sendiri asalkan mereka dapat menghalalkan perkara salah yang dilakukan oleh mereka.
Parti PAS buat ape?.. senyap jer?...
Baca lagi dari sumber [KLIK SINI]
Tq: KL Kini
No comments:
Post a Comment